KOTA BHARU: Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lepas.
"Kabinet setuju memanjangkan landasan LTSIP kepada 400 meter lagi untuk dijadikan sebagai lapangan terbang antarabangsa dan ia tidak perlu melalui proses tender kerana menjadi sebahagian daripada projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP yang telah memasuki fasa kedua.
"Kita juga akan berbincang dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi projek ini dan yakin ia dapat dilakukan dengan baik serta cepat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Loke berkata pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan kontraktor terlibat berkaitan proses selanjutnya dari segi teknikal, harga serta keselamatan yang dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan sebelum pembinaan landasan dijalankan.
Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka menampung hingga empat juta penumpang.
Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP membabitkan kos RM440 juta.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata kajian terperinci akan dilakukan pihaknya berkaitan penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Tunjong di Kota Bharu ke Rantau Panjang di Pasir Mas.
"Ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan perbincangan dilakukan dengan pihak berkepentingan kerana kos pembinaan itu dianggarkan kira-kira RM2 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersama dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. - Foto BERNAMA
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mampu tampung 4 juta penumpang setahun
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun apabila siap kelak.

Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan
Sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari KLIA ke Kota Bharu.

Kerajaan setuju landasan LTSIP dipanjangkan kepada 2,800 meter - Loke
Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

LTSIP sedia terima penerbangan antarabangsa
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali berkata, kesediaan itu berdasarkan kepada kemudahan terminal baharu fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.

Bom seberat 125kg ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Menurut polis, bom itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

Pesawat gagal mendarat tiga kali, Noraini kongsi pengalaman menakutkan
Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan ketika beliau mahu menghadiri program RISDA di sana.

Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan
Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancang.

Kerajaan beri tumpuan dua projek 'sakit' di Kelantan - Mustapa
Kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap dua projek 'sakit' yang merupakan antara projek utama di Kelantan dengan memberi lanjutan tempoh masa pelaksanaan.

Kelantan harap LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - Mohd Amar
LTSIP boleh dijadikan hub transit Asia Tenggara kerana kedudukan Kelantan yang hampir dengan Thailand, Australia dan Vietnam.