Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan bersetuju melantik seorang anggota Dewan Negara daripada kalangan belia berkelayakan yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang dan isu pembangunan belia.
Beliau turut mencadangkan supaya pelantikan itu dibuat dalam masa terdekat.
Inisiatif penyertaan anak muda akan diteruskan dengan melantik belia berkelayakan dalam pelbagai jawatan utama bagi meningkatkan suara anak muda dalam membuat keputusan.
"Atas kepercayaan dan kesetiaan anak muda dalam memberi ruang kerajaan baharu memimpin negara pada hari ini, kita akan pastikan suara anak muda akan sentiasa diberi perhatian dan diambilkira dalam setiap proses keputusan kerajaan di semua peringkat - daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
"Fokus dan keutamaan dalam membangunkan generasi muda melalui pelbagai inisiatif akan terus dilaksana dan diperkukuh oleh kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Hari Belia Negara 2019 bertemakan 'Youth Power' di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir ialah isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha.
Perdana Menteri berkata golongan muda yang merupakan generasi pemimpin akan datang, secara beransur-ansur perlu diterap dan diberikan peranan dalam usaha-usaha mentadbir dan membangun negara.
Dr Mahathir berkata kerajaan berpegang kepada prinsip tidak ada sesiapa pun yang terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab termasuklah tanggungjawab terhadap negara.
"Benar ada yang berpendapat bahawa golongan muda tiada pengalaman dan mungkin akan terburu-buru membuat keputusan yang mungkin bukan yang terbaik.
"Kerana itu kita perlu mencari kombinasi yang terbaik di antara golongan muda dan tua untuk memacu negara. Ini kerana, jika golongan muda kurang berpengalaman - semangat, komitmen, tenaga,kesungguhan dan idealisme mereka mampu membantu," katanya.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melancarkan Youth Power Club, yang berperanan menambah penglibatan anak muda dalam pertubuhan belia serta menggerakkan aktiviti mereka di peringkat akar umbi yang menjurus kepada kerja-kerja komuniti.
Beliau juga berkata lebih RM50 juta akan diperuntukkan bagi pelaksanaan program Youth Power bagi tahun ini dan tahun depan.
Peruntukan itu, katanya, termasuk RM7.4 juta untuk tahun 2019 bagi menggerakkan Youth Power Club di 222 kawasan di seluruh negeri.
"Peruntukan berbentuk geran untuk program Youth Power ini boleh dimohon oleh semua persatuan berdaftar termasuk mereka yang belum pernah mendapat bantuan peruntukan daripada kerajaan sebelum ini," katanya.
Selain itu, katanya, bagi meluaskan akses kemudahan sukan dan rekreasi kepada semua anak muda, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta dana khas pada tahun 2020 untuk pembangunan infrastruktur sukan luar bandar bersama sektor swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019
Dr Mahathir merasmikan Hari Belia Negara 2019 bertemakan 'Youth Power' di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. Turut hadir, Syed Saddiq dan Jufitri. --fotoBERNAMA
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Pemilu 2024: Visi calon presiden untuk anak muda masih kabur - Wakil Pelajar Indonesia
Visi calon-calon presiden dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk anak muda ketika ini masih belum jelas.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.
Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.
Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.
Idealisme perjuangan AMK tidak boleh lagi sekadar lontaran suara dan desakan - Adam Adli
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata semua anggota AMK perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah dan terdapat realiti baharu yang harus dihadam bersama.
Anwar umum dana awal RM1 juta untuk Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan dana awal sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia.
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
Semoga episod ngeri bersama MUDA jadi pengajaran - Fadhli Umar
Katanya, keputusan MUDA adalah wajar memandangkan parti itu sering mengecam kerajaan sehingga menjadi punca kerajaan diserang teruk.
Temu Anwar di Jakarta, Indonesia pada 5 Sept
Temu Anwar buat julung kali akan diadakan di luar negara pada Selasa (5 Sept) di Jakarta, Indonesia.