KUALA LUMPUR: Kerajaan secara prinsipnya sudah bersetuju untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) berunding dengan ejen dilantik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan hak penyiaran bagi Piala Dunia 2022.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan rundingan itu akan diketahui dalam masa terdekat.
"Insya-Allah kita perlu sedikit masa lagi untuk memuktamadkannya (rundingan) tetapi sudah pasti RTM akan menjadi salah satu saluran yang akan menyiarkan World Cup 2022," katanya selepas melancarkan Majlis Kerjasama Tajaan Jakel dan RTM di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai perkembangan dalam mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2022.
Mengulas mengenai akses media bagi parti-parti bertanding pada Raya Negeri (PRN) Johor, Annuar berkata, kerajaan bersetuju menggunakan model PRN Melaka dan Sarawak dengan penambahbaikan bagi memberi ruang kepada calon menggunakan saluran disediakan RTM sebagai medium memperkenalkan diri.
Beliau berkata, kaedah berkenaan bertujuan memberikan akses maklumat kepada pengundi mengenali calon-calon wakil rakyat yang bertanding dan seterusnya membantu mereka membuat keputusan sebagai pemilih.
"Kerajaan bersetuju supaya saluran radio dan televisyen kerajaan memberi ruang untuk membantu calon-calon dengan kaedah bersesuaian seperti PRN Melaka dan Sarawak.
"Oleh kerana ia Pilihan Raya Negeri jadi kita tak boleh gunakan masa siaran televisyen sepenuhnya kerana siaran televisyen adalah siaran nasional... radio pula mempunyai penyiaran setempat untuk tiap-tiap bandar seperti Johor Bahru dan sebagainya, itu boleh ditingkatkan lagi dan diberi ruang kepada calon," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini.
Mengenai kerjasama Tajaan Jakel dan RTM itu, Annuar berkata: "Saya berharap agar kerjasama seumpama ini akan dikembangkan lagi pada masa hadapan agar RTM terus kekal unggul dan menjadi pilihan nombor satu seluruh Keluarga Malaysia selaras dengan Pelan Transformasi RTM 2021-2023.
"Ini juga merupakan antara langkah penambahbaikan stesen penyiaran ini dalam pelan pembangunan agenda Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sejak 2021," katanya.
Kerjasama Tajaan Jakel dan RTM itu menyaksikan jalinan kerjasama strategik penajaan pakaian ikon Berita Perdana RTM selama enam bulan bermula 3 Feb ini, setiap hari pada 8 malam di saluran TV1 dan Berita RTM.
Kolaborasi ini antara usaha transformasi komponen Berita dan Ehwal Semasa RTM yang melibatkan penambahbaikan kepada kandungan berita dan penyampaian serta penampilan personaliti penyampai atau ikon siaran RTM. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Kerajaan secara prinsipnya sudah bersetuju untuk RTM berunding dengan ejen dilantik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan hak penyiaran bagi Piala Dunia 2022, kata Tan Sri Annuar Musa. - Gambar fail

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Piala Dunia Qatar: Perancis khuatir Denmark ganggu perancangan awal
Juara bertahan itu ditempatkan dalam Kumpulan D bersama-sama Denmark, Tunisia dan sama ada Peru, Emiriah Arab Bersatu atau Australia.

Peperangan harus dihentikan - Zinchenko
Zinchenko mendedahkan trauma peribadinya ketika menyeru perang dihentikan di tengah-tengah konflik yang berterusan dengan Rusia.

Kerajaan setuju RTM runding dapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2022 - Annuar
Keputusan rundingan itu akan diketahui dalam masa terdekat.

David Beckham bakal jadi duta Piala Dunia 2022 di Qatar
David Beckham akan menjadi Duta Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, dalam perjanjian bernilai GBP150 juta (AS$206.4 juta).

Kelayakan Piala Dunia: Jesse Lingard sambut Ronaldo dengan 'siu' dalam seragam England
Lingard meledak dua gol untuk The Three Lions sementara mencipta gerakan jaringan buat tandukan Bukayo Saka.

Kelayakan Piala Dunia: Campur tangan kerajaan gantung aksi Brazil-Argentina
Seperti kerajaan UK, Brazil juga mengambil langkah menyenaraikan pemain yang dari benua Eropah itu dalam zon merah.

Itali akan bertambah kuat menjelang Piala Dunia Qatar
The Azzurri berkembang di bawah kendalian Roberto Mancini sejak terlepas saingan Piala Dunia Russia.

Safawi mohon maaf aksi rai jaringan tewaskan Thailand
Muhammad Safawi beri jaminan tidak akan mengulangi gaya meraikan jaringan yang tidak menyenangkan itu.

Peminat perlu adil kepada Liridon, De Paula
Peminat bola sepak perlu bersikap adil terhadap kedua-dua pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang dikatakan tidak berupaya memberi impak kepada pasukan.

Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023
Gol kemenangan skuad Harimau Malaya di Stadium Al Maktoum dijaringkan pemain sayap kanan Muhammad Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan.