awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju wujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia - Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
10/06/2023
12:54 MYT
Kerajaan setuju wujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada Sabtu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan secara dasar bersetuju untuk mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) bagi mengawal selia ekosistem ekonomi gig di negara ini.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada Sabtu.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), bila saya sarankan dalam ucapan dasar semalam yang UMNO bersetuju untuk menyarankan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia. Saranan ini datangnya dari Sekretariat NGO dan Kesatuan Sekerja di bawah Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, PM telah bersetuju pada dasarnya untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig ini.
"Sebanyak 1.12 juta terlibat dalam industri ini, dan peningkatannya sebanyak 23 peratus setiap tahun," jelasnya.
Dalam ucapan dasar Presiden sempena PAU 2023, Ahmad Zahid antara lain mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya berkenaan dalam mengawal selia ekosistem industri gig.
Ia bagi menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna.
Mengikut rekod, sebanyak 80 peratus daripada 1.12 juta pekerja gig yang berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) merupakan golongan anak muda.
Topic Berkaitan
#UMNO
#SEGIM
#Ahmad Zahid Hamidi
#PAU2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan