KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan.
Selain itu, beliau menegaskan ia penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Walaupun begitu, kementerian komited menambah baik undang-undang itu bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara, namun ia harus diimbangi dengan hak masyarakat serta kepentingan dan ketenteraman negara.
"Dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap undang-undang itu, pihak kementerian mengadakan perbincangan dan bengkel dalaman untuk melihat cadangan penambahbaikan.
"Pihak berkepentingan termasuklah pertubuhan bukan kerajaan, pakar akademik, komuniti dan sebagainya akan dilibatkan dalam sesi pengumpulan maklum balas terhadap cadangan penambahbaikan berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan P Prabakaran (PH-Batu).
Prabakaran meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan atau mengkaji semula akta SOSMA iaitu penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin kerana ia telah melanggar hak asasi manusia.
Saifuddin Nasution menambah SOSMA adalah undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan ia diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA 2012.
Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat.
Dalam masa yang sama, Saifuddin Nasution berkata kementerian juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengkaji semula hukuman bagi sesuatu kesalahan sama yang melalui prosiding mahkamah pada waktu sama tetapi hukuman yang dijatuhkan berjalan berasingan.
"Kajian secara menyeluruh hanya akan dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan perlu diterajui oleh kementerian/agensi yang diberikan mandat dan kuasa berkaitan perkara ini," katanya.
Pada 26 Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk melanjutkan Subseksyen 4(5) SOSMA untuk tempoh lima tahun lagi.
Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan pelanjutan kuat kuasa subseksyen terbabit penting bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan secukupnya.
Astro Awani
Wed Feb 22 2023
SAIFUDDIN: Kementerian komited menambah baik undang-undang itu bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara. - Foto fail/BERNAMA
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Dadah: 'Jerung' besar jadi sasaran polis - Timbalan Ketua Polis Negara
Lebih ramai 'jerung' bakal dicekup polis dalam usaha menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di negara ini.
SOSMA perlu meluas bagi lumpuhkan sindiket jenayah - Ayob Khan
Keberkesanan SOSMA dapat dilihat, antaranya untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.
Teroka REE: Saifuddin dedah ada elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, wujud elemen pemerdagangan manusia dan buruh paksa dalam kes penerokaan nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, Kedah awal tahun ini.
Benarkan ikat jamin tahanan SOSMA antara syor penambahbaikan
Beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan dan syor-syor yang diterima akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
12 sesi libat urus tambah baik akta SOSMA dalam tempoh lima bulan - Ramkarpal
Penambaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah melalui 12 sesi libat urus dalam tempoh hanya lima bulan sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk.
Polis ada kuasa tahan peserta mogok lapar di Penjara Sungai Buloh
PDRM tidak menolak kemungkinan untuk menahan kumpulan perhimpunan yang masih berada di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
Syor penambahbaikan SOSMA diangkat untuk pertimbangan dalam masa terdekat - Ramkarpal
Cadangan penambahbaikan SOSMA 2012 sedang diteliti bersama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
Wanita diperdaya RM3.5 juta bebaskan anak dipenjara
Mangsa ditipu dalam urusan untuk membebaskan anak perempuannya yang sedang dalam tahanan di Penjara Kajang atas kesalahan ATIPSOM/SOSMA sejak 2019.
Kerajaan tak mansuh SOSMA - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan.
SOSMA langkah ke hadapan, perlu dikekalkan - Penganalisis
Pada 26 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) SOSMA untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai.