awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
19/11/2024
05:39 MYT
Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, WhatsApp, serta Instagram. - Foto/Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial selepas syarat pelesenan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.
Selain itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, WhatsApp serta Instagram.
“Pada masa ini kerajaan tidak berhasrat menutup (platform media sosial),” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Fahmi (PH-Lembah Pantai) menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang ingin tahu mengenai impak kepada perniagaan kecil yang bergantung kepada platform media sosial selepas pengenalan lesen berkenaan.
Menjawab lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menambah, bagaimanapun, mana-mana platform yang gagal mendapatkan lesen boleh dikenakan tindakan mengikut akta sedia ada.
“Memang ada tindakan yang boleh diambil termasuk kompaun sehingga RM250,000 atau di bawah kes yang dirujuk kepada mahkamah, denda boleh mencecah RM500,000 atau penjara lima tahun.
“Apabila disabit bersalah oleh mahkamah pula, boleh dikenakan denda RM1,000 setiap hari kerana beroperasi tanpa lesen,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan penguatkuasaan kerangka pelesenan itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.
"Ini kerana hanya penyedia perkhidmatan sahaja yang diwajibkan untuk mendapatkan lesen yang berkaitan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Pengguna akan terus dapat menikmati pengalaman digital yang lebih selamat," katanya menjawab soalan asal Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang).
Topic Berkaitan
#Pelesanan media sosial
#Fahmi Fadzil
#Dewan Rakyat
#tutup media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan