PUTRAJAYA: Kerajaan menambah baik bayaran Imbuhan Perumahan Khas dengan memansuhkan syarat "tidak menyewakan rumah sendiri" untuk pegawai perkhidmatan awam yang diarahkan mendiami Rumah Khas Jabatan dan Rumah Khas Jawatan, berkuat kuasa 1 Julai.
Melalui pemansuhan itu, bayaran imbuhan khas perumahan itu layak dibayar kepada pegawai perkhidmatan awam dengan syarat pegawai menduduki Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan yang diperuntukkan kepadanya.
Dalam surat edaran bertarikh 8 Julai 2022 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, ia menyatakan peraturan di perenggan 4 dalam Pekeliling Perkhidmatan (PP) 11/2002 bagi syarat tidak menyewakan rumah sendiri dimansuhkan, ekoran penguatkuasaan tersebut.
Perenggan 4 dalam PP 11/2002 menyatakan Imbuhan Perumahan Khas dibayar dengan syarat pegawai yang menduduki rumah yang diperuntukkan kepadanya tidak menyewakan rumah sendiri.
Bayaran Imbuhan Perumahan Khas adalah merupakan penjenamaan Bayaran Perumahan Khas melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 berikutan rasionalisasi elaun dalam perkhidmatan awam.
Menurut surat edaran itu, keputusan menambah baik peraturan sedia ada itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan pegawai perkhidmatan awam.
"Keputusan ini juga sebagai usaha supaya rakyat termasuk pegawai perkhidmatan awam memiliki rumah sendiri," menurut surat edaran itu.
Tertakluk kepada penerimaan pihak berkuasa masing-masing, surat edaran itu turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Bayaran imbuhan khas perumahan itu layak dibayar kepada pegawai perkhidmatan awam dengan syarat pegawai menduduki Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan yang diperuntukkan kepadanya. - Gambar hiasan
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tambah baik bayaran Imbuhan Perumahan Khas
Dengan syarat pegawai menduduki Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan yang diperuntukkan kepadanya.