MALAYSIA
Kerajaan tawar biasasiwa kejuruteraan rangkaian kepada lima rakyat Palestin - Fahmi
Fahmi berkata biasiswa tersebut bertujuan bagi membantu rakyat Palestin untuk membina semula negara mereka yang telah musnah akibat bedilan rejim Zionis Israel. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menganugerahkan biasiswa kepada lima rakyat Palestin yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan rangkaian.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, biasiswa tersebut bertujuan membantu rakyat Palestin membina semula rangkaian komunikasi mereka yang telah musnah akibat bedilan rejim Zionis Israel terutama di wilayah Gaza.
Jelasnya, usaha tersebut akan dijalankan selepas perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kedutaan Palestin di Malaysia.
“Apa yang telah berlaku di Gaza adalah penghancuran sistematik melibatkan prasarana dan infrastruktur, kami (kerajaan) bersetuju menyediakan biasiswa untuk lima rakyat Palestin untuk datang atau telah berada di Malaysia untuk biasiswa kejuruteraan radio atau rangkaian,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Himpunan Solidariti Bersama Gaza di sini, hari ini untuk meraikan 23 aktivis Global Sumud Flotila yang tiba di tanah air pada Selasa.
Untuk rekod kesemua mereka telah ditahan oleh Israel pada 2 Oktober semasa misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Pada masa sama Fahmi berkata, pihak kedutaan Palestin turut menyuarakan pandangan agar sebuah modul e-pembelajaran seperti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dibina untuk anak-anak Palestin sama ada mereka berada di Gaza atau Tebing Barat.
“Kita ada banyak pengalaman melalui pusat sebaran maklumat nasional, dan kelas-kelas yang kita adakan, jadi saya akan minta MCMC bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk pihak kedutaan Palestin untuk merangka program khas, kita akan bantu mereka untuk beri pendidikan,” katanya.
Selain daripada usaha diplomasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahmi turut menggesa orang ramai untuk terus menyuarakan isu Palestin.
“Kita sebagai rakyat biasa mampu mengubah sikap dan fikiran bila kita memuat naik pelbagai informasi mengenai Palestin, algoritma itu akan membantu lebih ramai untuk melihat isu tersebut,” ujarnya.
Pada Rabu, sembilan aktivis Malaysia daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) ditahan oleh Israel di perairan antarabangsa dan dijangka tiba di pelabuhan Ashdod dalam beberapa jam lagi.
Wartawan Astro AWANI Syafiq Shukri Jalil antara yang ditahan bersama lapan lagi aktivis lain.