MALAYSIA
Kerajaan teliti cadangan wujudkan Kod Etika Pempengaruh - Fahmi
Fahmi ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di PICC hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti cadangan seorang pakar untuk mewujudkan Kod Etika Pempengaruh bagi mengawal penyebaran maklumat di media sosial, terutama dalam isu sensitif.
Ringkasan AI
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau akan bertemu pakar yang mencadangkan langkah itu untuk memahami perkara tersebut dengan lebih lanjut.
“Kita akan teliti, saya akan jemput pakar tersebut untuk adakan sedikit perbincangan dan cuba memahami sudut pandang beliau,” katanya semasa ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di sini hari ini.
Fahmi turut menyatakan, kerajaan kini tidak mengenakan sebarang syarat atau kawalan ke atas pempengaruh.
Namun menurutnya, beberapa insiden menunjukkan media rasmi menghadapi kekangan membuat liputan, manakala pempengaruh yang tidak diakreditasi masih boleh membuat laporan.
“Berkait inques Allahyaham Zara Qairina Mahathir, pihak Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan ada menerima aduan pihak media rasmi tidak dibenarkan membuat pelaporan.
“Tetapi ada pembengaruh ataupun mereka yang tidak diberikan akreditasi mereka dapat membuat pelaporan,” katanya.
Cadangan itu sebelum ini dikemukakan Pakar Perang Saraf, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, yang menegaskan Kod Etika Pempengaruh penting bagi mengekang penyebaran pandangan tidak berasaskan kepakaran, terutamanya isu sensitif dan berimpak besar di media sosial.
Ringkasan AI
- Kerajaan sedang meneliti cadangan pakar untuk wujudkan Kod Etika Pempengaruh bagi kawal penyebaran maklumat di media sosial, khususnya dalam isu sensitif.
- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil akan berbincang dengan pakar yang mencadangkan langkah tersebut untuk lebih memahami perkara itu.
- Fahmi menyatakan kerajaan tidak mengenakan sebarang syarat atau kawalan ke atas pempengaruh, namun insiden menunjukkan media rasmi menghadapi kekangan dalam liputan.