awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem pembiayaan kesihatan - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/05/2025
07:20 MYT
Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem pembiayaan kesihatan - PM Anwar
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025, yang turut dihadiri enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam, pagi ini. -Facebook
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.
  • Perdana Menteri menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan yang berkesan, serta peranan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.
  • Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025 turut meneliti Hala Tuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa serta Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan yang berkesan, serta peranan pelbagai kementerian, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.
Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata perkara itu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025, yang turut dihadiri enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam, pagi ini.
"Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan mengenai Hala Tuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa, serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional.
"Mesyuarat turut meneliti Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang dibentangkan Kementerian Ekonomi.
"Saya mengambil maklum langkah-langkah awal yang sedang dilaksana untuk menghadapi cabaran populasi menua, termasuk mekanisme tadbir urus rentas kementerian yang lebih menyeluruh dan bersepadu," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#sistem pembiayaan kesihatan
#kertas putih kesihatan
#Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan