awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti model 'gaji kehidupan wajar'

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2023
00:05 MYT
Kerajaan teliti model 'gaji kehidupan wajar'
V Sivakumar berkata, model gaji progresif itu memerlukan kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang dalam usaha untuk meneliti cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai pelaksanaan model ‘gaji kehidupan wajar’ di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, model gaji progresif itu memerlukan kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.
Ini kerana katanya, pelaksanaan gaji progresif dan gaji minimum mempunyai objektif yang sama iaitu memberi perlindungan kepada pekerja yang menerima gaji terendah.
“Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji secara teliti dan mengenal pasti model yang paling sesuai untuk negara kita,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan untuk laksana cadangan model gaji progresif.
Menurutnya, Laporan Tahunan 2017 BNM sebelum ini menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak pula adalah RM4,500 dan pasangan dengan dua anak sebanyak RM6,500.
Sementara itu, menjawab soalan asal Awang mengenai rasionalnya kerajaan menangguhkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 (PGM2022) terhadap majikan kurang lima pekerja meskipun perintah tersebut terpakai untuk majikan kategori lain, Sivakumar menjelaskan keputusan itu dibuat mengambil kira pelbagai aspek.
Katanya, penangguhan ini dibuat antaranya dengan mengambil kira memorandum daripada pelbagai pihak terlibat yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menanggung kos tambahan akibat pelaksanaan PGM2022 yang akhirnya akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran operasi dan perkhidmatan syarikat.
“Penangguhan tambahan selama enam bulan ini terhadap perniagaan mikro, dengan pekerjanya kurang daripada lima orang diharap dapat memberikan peluang untuk mereka menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan, yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#gaji kehidupan wajar
#Kementerian Sumber Manusia
#Bank Negara Malaysia
#V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan