awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti model 'gaji kehidupan wajar' di negara ini - Sivakumar

Bernama
Bernama
02/03/2023
07:45 MYT
Kerajaan teliti model 'gaji kehidupan wajar' di negara ini - Sivakumar
SIVAKUMAR: Laporan Tahunan 2017 BNM menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak adalah RM4,500. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam usaha untuk meneliti cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung pelaksanaan 'gaji kehidupan wajar' di negara ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata Laporan Tahunan 2017 BNM menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak adalah RM4,500 dan pasangan dengan dua anak adalah RM6,500.
"Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji secara teliti dan mengenal pasti model yang paling sesuai untuk negara kita," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan untuk melaksanakan cadangan model gaji progresif.
Sivakumar berkata model gaji progresif memerlukan satu kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.
Beliau berkata pelaksanaan gaji progresif dan gaji minimum mempunyai objektif yang sama, iaitu memberi perlindungan kepada pekerja yang menerima gaji terendah.
Beliau turut memaklumkan bagi tempoh Mei hingga Dis 2022, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menjalankan 17,565 pemeriksaan berkanun terhadap majikan berkenaan pelaksanaan perintah gaji minimum.
Menurut Sivakumar, daripada jumlah itu, sebanyak 2,448 syor pematuhan telah dikeluarkan atas pelanggaran perintah tersebut.
Katanya, bagi tempoh sama, Jabatan Tenaga Kerja Sabah telah menjalankan 5,707 pemeriksaan dan telah mengeluarkan 128 syor pematuhan, manakala Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dengan 5,490 pemeriksaan dan 83 syor pematuhan.
Sivakumar menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) yang ingin tahu sejauh mana kementerian menjalankan kerja pemantauan dan penguatkuasaan di lapangan sejak pelaksanaan perintah gaji minima dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar perintah tersebut.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#V Sivakumar
#Bank Negara Malaysia
#gaji kehidupan wajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan