MALAYSIA
  
            Kerajaan teliti naikkan geran KRT aktif hingga RM10,000
Datuk Aaron Ago Dagang berkata ketika ini, terdapat 8,586 KRT di seluruh negara dengan setiap satunya menerima geran tahunan RM6,000 bagi melaksanakan program keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. - Foto BERNAMA
            
      KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara sedang meneliti untuk menaikkan kadar geran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang aktif hingga RM10,000 setahun, sebagai usaha memperkasakan peranan komuniti dalam memupuk perpaduan dan menjana ekonomi setempat.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini 
Menterinya berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata ketika ini, terdapat 8,586 KRT di seluruh negara dengan setiap satunya menerima geran tahunan RM6,000 bagi melaksanakan program keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
"Kementerian mengakui jumlah peruntukan sedia ada memang tidak mencukupi bagi memastikan KRT memainkan peranan lebih besar. Oleh itu, kerajaan sedang meneliti kaedah menaikkan kadar geran kepada KRT hingga RM10,000 setahun mengikut tahap keaktifan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.
Aaron memaklumkan sejak pelancaran Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif pada 2023, sebanyak 504 projek ekonomi komuniti telah dibangunkan merangkumi perusahaan makanan, pelancongan komuniti, kraftangan dan produk bukan makanan.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), yang berhasrat menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas seperti pusat jagaan harian atau kediaman, perlu menukar pendaftaran di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).
Beliau berkata PAWE tidak dibenarkan berfungsi sebagai pusat jagaan, memandangkan peranan dan pengoperasiannya berbeza iaitu menyediakan aktiviti rekreasi, sosial dan pembelajaran bagi menggalakkan warga emas hidup berdikari.
"Pendaftaran PAWE tidak membolehkan mereka mengoperasikan pusat jagaan. Namun, sekiranya mana-mana PAWE mempunyai premis bersesuaian serta boleh penuhi syarat dan berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan pusat jagaan, mereka boleh menukar pendaftaran mengikut Akta 506," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu.
Nancy berkata Akta 506 menetapkan beberapa keperluan penting termasuk penyediaan penjaga terlatih, kemudahan yang mencukupi serta pematuhan nisbah ruang lantai dengan jumlah penghuni, bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga emas.
Beliau memaklumkan sebanyak 193 PAWE kini beroperasi di seluruh negara, yang memberi manfaat kepada lebih 50,000 warga emas melalui pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat seperti senaman, program keagamaan serta latihan celik digital.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
              
            
 
    
            
            
  Ringkasan AI
- Kementerian Perpaduan Negara meneliti untuk menaikkan kadar geran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) hingga RM10,000 setahun bagi memperkasakan peranan komuniti dalam memupuk perpaduan dan menjana ekonomi setempat.
 - Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif telah membantu membangunkan 504 projek ekonomi komuniti termasuk perusahaan makanan, pelancongan komuniti, kraftangan, dan produk bukan makanan.
 - Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) perlu menukar pendaftaran di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas, dengan syarat-syarat termasuk penyediaan penjaga terlatih dan kemudahan yang mencukupi.
 
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menterinya berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata ketika ini, terdapat 8,586 KRT di seluruh negara dengan setiap satunya menerima geran tahunan RM6,000 bagi melaksanakan program keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
"Kementerian mengakui jumlah peruntukan sedia ada memang tidak mencukupi bagi memastikan KRT memainkan peranan lebih besar. Oleh itu, kerajaan sedang meneliti kaedah menaikkan kadar geran kepada KRT hingga RM10,000 setahun mengikut tahap keaktifan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.
Aaron memaklumkan sejak pelancaran Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif pada 2023, sebanyak 504 projek ekonomi komuniti telah dibangunkan merangkumi perusahaan makanan, pelancongan komuniti, kraftangan dan produk bukan makanan.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), yang berhasrat menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas seperti pusat jagaan harian atau kediaman, perlu menukar pendaftaran di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).
Beliau berkata PAWE tidak dibenarkan berfungsi sebagai pusat jagaan, memandangkan peranan dan pengoperasiannya berbeza iaitu menyediakan aktiviti rekreasi, sosial dan pembelajaran bagi menggalakkan warga emas hidup berdikari.
"Pendaftaran PAWE tidak membolehkan mereka mengoperasikan pusat jagaan. Namun, sekiranya mana-mana PAWE mempunyai premis bersesuaian serta boleh penuhi syarat dan berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan pusat jagaan, mereka boleh menukar pendaftaran mengikut Akta 506," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu.
Nancy berkata Akta 506 menetapkan beberapa keperluan penting termasuk penyediaan penjaga terlatih, kemudahan yang mencukupi serta pematuhan nisbah ruang lantai dengan jumlah penghuni, bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga emas.
Beliau memaklumkan sebanyak 193 PAWE kini beroperasi di seluruh negara, yang memberi manfaat kepada lebih 50,000 warga emas melalui pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat seperti senaman, program keagamaan serta latihan celik digital.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah KRT di seluruh negara dan berapa geran tahunan yang mereka terima ketika ini?
A: Terdapat 8,586 KRT di seluruh negara yang masing-masing menerima geran tahunan sebanyak RM6,000. - Q: Apakah usaha yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Perpaduan Negara berkaitan dengan kadar geran KRT?
A: Kementerian sedang meneliti untuk menaikkan kadar geran KRT hingga RM10,000 setahun mengikut tahap keaktifan masing-masing. - Q: Apa yang perlu dilakukan oleh PAWE jika ingin menyediakan perkhidmatan pusat jagaan warga emas?
A: PAWE perlu menukar pendaftaran di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) jika berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan pusat jagaan. - Q: Berapakah jumlah PAWE yang beroperasi di seluruh negara ketika ini dan siapakah yang mendapat manfaat daripada aktiviti yang disediakan?
A: Terdapat 193 PAWE yang beroperasi di seluruh negara, memberi manfaat kepada lebih daripada 50,000 warga emas melalui pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat. - Q: Apa yang dimaksudkan dengan Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif dan apa jenis projek ekonomi komuniti yang telah dilaksanakan?
A: Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif melibatkan pembangunan 504 projek ekonomi komuniti seperti perusahaan makanan, pelancongan komuniti, kraftangan, dan produk bukan makanan.