SUBANG: Kerajaan masih meneliti situasi penularan COVID-19 sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) serta Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA).
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, banyak perbincangan perlu diadakan dengan pihak industri dan berkepentingan termasuk dari luar negara bagi mengetahui status pembabitan mereka dalam pameran itu.
"LIMA dan DSA banyak bergantung kepada keadaan COVID-19 di negara ini. Tetapi saya nak ingatkan keputusan penganjuran tidak hanya berdasarkan kepada pertimbangan kita sendiri kerana suasana jangkitan di luar akan menentukan pembabitan industri berkaitan.
"Kita kena kaji secara teliti, berdoa dan harap situasi COVID-19 di negara ini bertambah pulih. Pada masa yang sama, kita kena berinteraksi dengan semua pihak terbabit untuk menjayakan kedua-dua pameran berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9).
Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan LIMA tidak akan diadakan tahun ini biarpun ada permintaan penganjuran secara maya.
Sementara itu, Hishammuddin turut meluahkan rasa bangga apabila Malaysia terus diberi kepercayaan dan penghormatan tertinggi untuk kekal terlibat dalam misi pengaman antarabangsa di Lubnan.
Ia sekali gus, kata beliau, menyerlahkan kemampuan dan membuktikan kredibiliti serta kecemerlangan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Lebih istimewa, MALBATT 850-9 menampilkan jumlah anggota wanita paling ramai sejak ATM terlibat dengan misi ini, iaitu 11 pegawai dan 75 anggota lain-lain pangkat.
"Ini bukan sahaja membuktikan keupayaan dan kredibiliti anggota wanita ATM malah ia turut selari dengan keperluan semasa yang memerlukan lebih ramai penglibatan anggota wanita bagi melaksanakan tugasan berkaitan kemasyarakatan membabitkan wanita tempatan," katanya.
Misi MALBATT 850 bermula sejak 2013 dengan tanggungjawab di bahagian Sektor Barat, Selatan Lubnan.
Penugasan utama MALBATT 850 adalah melaksanakan operasi pengaman dan komposisi MALBATT 850 ini, terdiri daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga perkhidmatan ATM, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan pegawai kewangan dari Kementerian Pertahanan.
Madiha Abdullah
Thu Sep 30 2021
Datuk Seri Hishammuddin Hussein memakai beret PBB kepada Komander Malbatt 850-9, Kol Megat MAz Ardi Nohuddin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.