Kabinet bersetuju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diteruskan dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion, iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion dalam keputusan yang telah dibuat pada Rabu.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, nilai kos akhir itu sekali gus dapat menjimatkan RM15.02 bilion wang rakyat.
Katanya, kos keseluruhan itu termasuk tetapi tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), pengambilan tanah, pengurusan projek, fi perundingan, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan kos lain yang berkaitan.
"Penjimatan bernilai RM15 bilion bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah ia juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.
"Pengurangan kos sebanyak 47 peratus ini membuktikan kemampuan kerajaan dalam usaha mendapatkan penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya melambung tinggi akibat kelemahan tadbir urus," katanya.
Proses perundingan semula yang menyeluruh dan pelan rasionalisasi pelaksanaan projek LRT3 sudah diadakan dengan semua pihak yang terbabit termasuk Prasarana Malaysia, MRCB-George Kent (MRCB-GK JV), iaitu Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Satu aspek kritikal dalam pengkajian semula projek ini adalah integrasi jajaran LRT3 sepanjang 37km dari Johan Setia (Klang) ke Bandar Utama (Petaling Jaya) perlulah dikekalkan," katanya.
Tambah beliau, antara langkah utama yang diambil untuk mengurangkan dan merasionalisasi kos projek ini termasuk mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.
Jelasnya berdasarkan kajian pelaksanaan projek LRT3, 22 set kereta api 3-koc sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangkakan menggunakan perkhidmatan ini sehingga tahun 2035.
Namun kerajaan terpaksa menangguhkan pembinaan lima stesen yang dianggap mempunyai penumpang yang kurang iaitu stesen Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.
Kerajaan juga membatalkan pembinaan terowong sepanjang dua kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam.
Selain itu katanya, langkah turut diambil dengan melanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari tahun 2020 ke 2024 untuk mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek itu.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jul 12 2018
![Kerajaan teruskan projek LRT3 dengan beberapa perubahan Kerajaan teruskan projek LRT3 dengan beberapa perubahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71490970120_TrenGenerasiBaru.jpg)
Lim Guan Eng berkata, projek LRT3 sepanjang 37km merupakan projek yang amat kritikal bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas. - BERNAMA/Fail
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721808891_TBFahmi.jpg)
Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.
![Kabinet baharu Mesir angkat sumpah Kabinet baharu Mesir angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720042829_EgyptNewCabinet.jpg)
Kabinet baharu Mesir angkat sumpah
Abdel-Fattah menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera.
![Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718182517_TBFADILLAHKUCHING.jpg)
Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah
Kerajaan Persekutuan merancang untuk membentangkan satu rang undang-undang berhubung perdagangan karbon sebelum akhir tahun ini.
![UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713881859_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.
![Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714964189_PMjpg.jpg)
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
![Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695902426_SretthaThavisinPh.jpg)
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
![Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710127802_tbSaifuddinNasution.jpg)
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
![Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706703459_FahmiFadzil.jpg)
Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi
Fahmi nafi beliau sumber yang dipetik sebuah portal antarabangsa yang mendakwa hukuman penjara 12 tahun Najib akan dikurangkan.
![Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705482114_TBLanskoperaljp.jpg)
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
![Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703132428_TBKuwaitEmirjpg.jpg)
Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.