awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tetap harga kawalan maksimum jualan beras di peringkat kilang, borong

Bernama
Bernama
23/06/2023
16:41 MYT
Kerajaan tetap harga kawalan maksimum jualan beras di peringkat kilang, borong
KPKM memaklumkan semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras dikehendaki mematuhi harga kawalan maksimum selaras surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 16 Jun 2023. - Gambar hiasan/AFP Relaxnews
PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong berkuat kuasa 16 Jun lepas sebagai tindakan segera memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil serta terkawal.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras dikehendaki mematuhi harga kawalan maksimum selaras surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 16 Jun 2023.
Menurut KPKM, harga kawalan maksimum beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5) di peringkat runcit ialah RM2.60 sekilogram sepertimana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
"Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan," menurut kenyataan yang dikeluarkan susulan dakwaan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin bahawa akan ada peningkatan harga antara RM1 dan RM2 untuk beras 10 kilogram pada Julai ini.
Kenyataan itu menyebut ketika ini, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram.
"Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import," menurut KPKM sambil menambah harga pasaran beras dalam negara adalah stabil kerana harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dikawal oleh kerajaan.
Katanya pemantauan berterusan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga serta bekalan beras sentiasa stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKM
#beras tempatan
#Akta Kawalan Padi dan Beras 1994
#harga kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan