awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tetap teruskan pelaksanaan gaji minimum bulan depan - Saravanan

Bernama
Bernama
18/04/2022
12:05 MYT
Kerajaan tetap teruskan pelaksanaan gaji minimum bulan depan - Saravanan
Kerajaan tetap akan meneruskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara walau apa juga keadaan, menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap akan meneruskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara walau apa juga keadaan, menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan telah memberikan kelonggaran dengan menangguhkan pelaksanaan kadar gaji minimum itu kepada beberapa sektor pekerjaan termasuk sektor tidak formal dan syarikat yang kurang daripada lima pekerja apabila ia dikuatkuasakan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sudah umum 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada warga kerja, 'tanpa mengira apa juga keadaan', kita teruskan dengan RM1,500.
"Yang penting, ini bukan ikut suka hati saya, kita ikut akta (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011) dan harus membuat semakan gaji minimum setiap dua tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Sifar Gelandangan menerusi Program Penempatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Menara Perkeso di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perkeso dengan MyQaseh Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama dalam usaha menyediakan perkhidmatan penempatan pekerjaan untuk golongan gelandangan di bawah inisiatif berkenaan.
Saravanan juga memaklumkan terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan dalam pelaksanaan gaji minimum yang akhirnya mampu menghalang rakyat daripada mendapat manfaat sepatutnya.
Beliau juga mengakui sukar untuk memuaskan hati semua pihak khususnya pihak majikan dalam pelaksanaan gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada bulan depan.
Pada Mac lepas, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum berjumlah RM1,500 bermula Mei tahun ini, manakala beberapa pihak majikan dan persatuan pula meminta kerajaan untuk mempertimbangkan perkara berkenaan sehingga ke hari ini.
Mengenai Inisiatif Sifar Gelandangan, Saravanan berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan 300,000 peluang pekerjaan pada tahun ini sekali gus menangani isu gelandangan di Malaysia.
Katanya seramai 100 gelandangan telah mendapat manfaat dengan penempatan pekerjaan pada tahun lepas dan wujudnya keperluan untuk memperkemas koordinasi pemberian bantuan agar masalah gelandangan dapat diselesaikan.
MoU yang menumpukan usaha bagi mendapatkan tawaran pekerjaan kepada gelandangan itu ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif MyQaseh Trina Thomas Raj.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#Kementerian Sumber Manusia
#M Saravanan
#Akta Majlis Perundingan Gaji Negara
#Menteri Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan