awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak bercadang perkenal semula GST, hanya dipertimbang setelah ekonomi kukuh

Bernama
Bernama
15/03/2023
13:21 MYT
Kerajaan tidak bercadang perkenal semula GST, hanya dipertimbang setelah ekonomi kukuh
Pada masa ini, rakyat sedang dalam fasa pemulihan pasca krisis COVID-19 serta menghadapi cabaran kos sara hidup. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan hanya dapat dipertimbangkan setelah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi berada di landasan yang lebih kukuh, menurut Kementerian Kewangan.
Katanya cadangan memperkenalkan GST hanya akan dipertimbangkan setelah ditentukan penambahbaik mekanisme GST berbanding dengan sebelum ini, supaya mengurangkan impak kepada golongan berpendapatan rendah.
"Pada masa ini, rakyat sedang dalam fasa pemulihan pasca krisis COVID-19 serta menghadapi cabaran kos sara hidup.
"Inflasi makanan tahun 2022 pada kadar 5.8 peratus dan ini lebih menjejaskan golongan yang berpendapatan rendah.
"Pada masa yang sama, GST juga merupakan cukai yang bersifat regresif," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.
Ia menjawab soalan Datuk Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan boleh memberi jaminan bahawa GST atau cukai yang mempunyai impak sama seperti GST tidak akan diperkenalkan semula.
Menurut Kementerian Kewangan, sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
Sehubungan itu, katanya kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana.
Katanya dalam Belanjawan 2023, kerajaan telah mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.
Katanya ini termasuk meningkatkan cukai pendapatan bagi individu bagi mereka dengan pendapatan bercukai melebihi RM230,000 setahun serta pengumuman cadangan Cukai Barangan Mewah dan Cukai Keuntungan Modal ke atas jualan saham tidak tersenarai.
"Kerajaan akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi mengkaji aspek pembaharuan sistem percukaian.
"Tidak semestinya ia melibatkan GST. Terdapat juga ruang untuk menambah baik Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GST
#kerajaan
#ekonomi negara
#kos sara hidup
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan