awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
20/11/2024
08:57 MYT
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Rafizi berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menarik subsidi minyak masak peket dalam masa terdekat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Jelasnya, kenyataan beliau telah diambil di luar konteks sehingga menimbulkan banyak reaksi negatif.
"Saya ditanya soalan bersifat umum, apa kita nak buat pasal ketirisan minyak peket ini?
“Jadi jawapan saya ialah setiap program itu kalau ada ketirisan memanglah ada penilaian dan perbincangan.
“Itu yang disebut tetapi dilaporkan ialah kerajaan bercadang untuk menghapuskan subsidi minyak peket,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Innovathon' (Musim Kedua) di Putrajaya pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan isu pemansuhan subsidi minyak masak peket ada dibincangkan kerajaan bagi mengatasi masalah ketirisan.
Laporan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat dengan ramai membantah, tidak bersetuju sekiranya subsidi minyak paket benar-benar dihapuskan.
Sementara itu, mengenai program Innovathon, sebanyak 56 orang peserta telah melepasi proses saringan pada sesi ujibakat Innovathon.
Innovathon merupakan program realiti televisyen khusus memberi peluang kepada rakyat mengembangkan idea inovatif di negara ini.
Astro akan menjadi penyiar rasmi program berkenaan yang akan bersiaran dalam lapan episod bermula 30 November ini.
Pemenang terpilih berpeluang memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.
Selain diberi bimbingan, peserta berpeluang mempersembahkan idea mereka di peringkat The 100 Pitch kepada 100 bakal pengguna yang dipilih daripada pelbagai latar belakang.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Menteri Ekonomi
#subsidi minyak peket
#Innovathon musim kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan