KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, pemain industri harus memastikan pematuhan yang tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP), terutama yang melibatkan kemudahan tempat tinggal pekerja.

BACA: Sambutan Aidilfitri: KKM cadang rentas negeri ditangguhkan - Dr Adham Baba

BACA: COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi

“Tolong terus sediakan kemudahan selamat dan sesuai yang akan membantu memastikan tiada kesesakan dan mempertingkatkan kebersihan tempat tinggal pekerja, yang akan membantu mengurangkan risiko penyebaran virus.

“Ini juga peringatan bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula PKP.

“Bagaimanapun PKP bersasar akan dilaksana di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran,” katanya lagi.