MALAYSIA
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Aaron berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menyalahgunakan agama untuk menyemai kebencian, mencetuskan perpecahan atau mengancam ketenteraman awam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandang serius sebarang bentuk ekstremisme agama yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan keselamatan negara.
Ringkasan AI
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menyalahgunakan agama untuk menyemai kebencian, mencetuskan perpecahan atau mengancam ketenteraman awam.
"Walaupun kebebasan bersuara dijamin, hak tersebut tidak bersifat mutlak dan tidak boleh disalahgunakan sehingga menyentuh isu perkauman, keagamaan atau institusi diraja (3R)," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KPN di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang membangkitkan kebimbangan tentang tindakan terhadap beberapa individu yang didakwa mencetuskan ketegangan kaum dan agama, termasuk penganjuran gerakan atau perhimpunan yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam.
Mengulas lanjut, Aaron berkata isu itu kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk mengenal pasti dan mendakwa pihak-pihak terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Hasutan, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Kerajaan juga akan memastikan ruang media sosial kekal sebagai platform yang selamat, beretika dan bertanggungjawab, tiada toleransi akan diberikan pada mana-mana bentuk ekstremisme sama ada di dunia fizikal ataupun digital," katanya.
Menyentuh usaha memperkukuh perpaduan, beliau berkata KPN telah mengambil pelbagai pendekatan, termasuk membangunkan 19 platform dan tapak integrasi komuniti merangkumi ruang sosial, pendidikan, sukan dan ekonomi bagi meningkatkan interaksi antara rakyat pelbagai kaum.
Selain itu, Aaron berkata KPN melalui Arkib Negara Malaysia juga aktif mendekatkan warisan dan memorial negarawan kepada masyarakat, termasuk pembinaan 11 memorial tokoh penting seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan pengumpulan dokumen, koleksi peribadi, gambar dan rakaman audio, visual dan bahan penerbitan untuk memelihara legasi kepimpinan negara.
Majlis Sejarawan Negara katanya, turut ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan 17 pakar untuk mentadbir dan menilai penulisan sejarah negara bagi memastikan naratif tepat, sahih dan berpandukan bukti.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Perpaduan Negara mahu menghapuskan ekstremisme agama yang boleh mengancam keharmonian masyarakat dan keselamatan negara.
- Kerajaan tidak akan memberi ruang kepada individu atau kumpulan yang menyalahgunakan agama untuk menyebarkan kebencian atau mengancam ketenteraman awam.
- Usaha memperkukuh perpaduan dilakukan melalui pembangunan platform integrasi komuniti serta pendekatan memelihara warisan negarawan melalui Arkib Negara Malaysia.