MALAYSIA
Kerajaan tidak kompromi isu kebocoran badan risikan negara, jamin siasatan menyeluruh - Anwar
Anwar berkata SPRM kini diberi laluan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan terhadap pelbagai kes berprofil tinggi, termasuk salah guna kuasa dalam agensi perisikan yang menjual rahsia negara demi keuntungan peribadi.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan negara, khususnya berkaitan kebocoran maklumat dalam badan risikan dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh.
Anwar berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini diberi laluan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan terhadap pelbagai kes berprofil tinggi, termasuk salah guna kuasa dalam agensi perisikan yang menjual rahsia negara demi keuntungan peribadi.
"Kalau ada sekelompok seperti kartel yang mengambil keuntungan dan menjual rahsia, ini soal besar dalam negara, jadi biar ada siasatan awal, saya dah beri maklumat kepada Panglima Angkatan Tentera Udara dan juga semuanya termasuk Pengarah Bahagian Risikan.
"Saya tunggu dulu laporan awal, tapi kita tidak akan berselindung kerana kalau kita mula kompromi dengan masalah pencerobohan dalam badan risikan, itu malapetaka bagi negara kita," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu tindakan kerajaan selepas timbul pelbagai isu keselamatan negara termasuk kes kebocoran operasi pertahanan negara dan insiden melibatkan anak bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.