awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga makanan ala Barat mengaku tidak bersalah langgar doktor hingga cedera
Pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya, 45 laporan diterima, lapan direkod keterangan
Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi sebuah keluarga - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
07/11/2021
09:07 MYT
Kerajaan tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi sebuah keluarga - Ismail Sabri
Ismail Sabri sebelum ini telah melancarkan konsep Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Konsep Keluarga Malaysia memberi penekanan kerajaan kini tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, sebaliknya sebagai sebuah keluarga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata konsep itu bermakna kerajaan mengamalkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain.
"Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi. Bukan sahaja menjaga diri kita sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Konsep inilah yang diterapkan dalam kerajaan.
"(Bermakna) Bukan lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi bekerja sebagai satu keluarga. Terima kasih semua ahli Keluarga Malaysia. Kalian semua amat dekat di hati saya," kata beliau dalam hantaran itu hari ini.
Ismail Sabri sebelum ini telah melancarkan konsep Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Kesembilan itu menerusi ucapan sulungnya selepas dilantik menerajui tampuk kerajaan, pada 22 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Keluarga Malaysia
#Ismail Sabri
#kerajaan
#Pasukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan