awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak mahu tergesa-gesa sambung eksport telur ayam ke Singapura - Nanta

Bernama
Bernama
03/04/2021
12:06 MYT
Kerajaan tidak mahu tergesa-gesa sambung eksport telur ayam ke Singapura - Nanta
Kerajaan tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali mengeksport telur ayam ke Singapura sebelum memastikan produk itu betul-betul selamat. - Gambar fail
KUCHING: Kerajaan tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali mengeksport telur ayam ke Singapura sebelum memastikan produk itu betul-betul selamat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Katanya perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum mengeksport ialah tiada lagi bakteria Salmonella Enteritidis (SE) dikesan pada produk tersebut.
"Kami akan berhubung dengan pihak Singapura (untuk tindakan selanjutnya) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Malaysia Prihatin di sini hari ini.
Dilaporkan baru-baru ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari Linggi Agriculture di Malaysia (CEM 014) selepas mengesan adanya SE dalam produk terbabit.
Terbaru, JPV dalam kenyataan semalam memaklumkan tiada bakteria SE dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm, selepas ujian dijalankan ke atas sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang diambil dari ladang ayam penelur tersebut.
Pencemaran SE boleh berlaku di peringkat ladang disebabkan amalan penternakan kurang baik, aspek biosekuriti dan kebersihan ladang atau di sepanjang rantaian pemasaran disebabkan pengendalian telur kurang bersih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksport telur ayam
#Singapura
#KPDNHEP
#Alexander Nanta Linggi
#Salmonella Enteritidis
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan