awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak pinggir masyarakat India - Saraswathy

Bernama
Bernama
20/01/2024
21:45 MYT
Kerajaan tidak pinggir masyarakat India - Saraswathy
Menurut Saraswathy beliau telah memberikan penerangan berkaitan inisiatif kerajaan kepada wakil NGO terlibat selain meminta mereka memberikan kerjasama baik agar isu berbangkit dapat diselesaikan secara baik. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sama sekali tidak pernah meminggirkan masyarakat India dalam negara malah telah merancang pelbagai inisiatif bagi memperkasakan komuniti itu.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata pada persidangan meja bulat bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) komuniti India di sini semalam, pihak berkenaan telah membangkitkan beberapa perkara antaranya berasa terpinggir daripada setiap inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan.
Menurut Saraswathy beliau telah memberikan penerangan berkaitan inisiatif kerajaan kepada wakil NGO terlibat selain meminta mereka memberikan kerjasama baik agar isu berbangkit dapat diselesaikan secara baik.
"Sebagai contoh saya telah menyentuh perihal inisiatif IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membasmi kemiskinan tegar melalui program insan, ihsan dan sebagainya.
"Walaupun itu adalah inisiatif baik, boleh membantu sedikit sebanyak meningkatkan (taraf hidup) masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tetapi maklumat itu tidak sampai kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Meja Bulat: The Current State of Indians and way forward! berkenaan di sini pada Sabtu.
Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Saraswathy berkata pendekatan kerajaan ketika ini ialah berdasarkan 'need based' atau berasaskan keperluan dalam memastikan tiada yang terpinggir, justeru sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan awal bulan ini mampu memastikan perkara itu tercapai.
"Jadi sebarang permohonan bagi proses kelulusan itu akan menjadi lebih mudah berbanding sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#masyarakat India
#kementerian perpaduan negara
#K Saraswathy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan