MALAYSIA

Kerajaan tidak rayu keputusan 40 peratus hasil, beri impak positif kepada Sabah

Bernama 13/11/2025 | 04:50 MYT
Wong Thart Sin (foto) berkata keputusan itu membuka ruang perbincangan untuk membawa lebih banyak hasil ke Sabah. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Langkah kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan negeri itu.


Ringkasan AI
  • Keputusan kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan negeri itu.
  • Pemberian hasil tersebut membuka peluang untuk pembangunan mampan Sabah termasuk dalam aspek infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan ekonomi penduduk tempatan.
  • Dukungan rakyat Sabah terhadap keputusan tidak merayu itu menunjukkan keyakinan terhadap kerajaan Persekutuan serta harapan terhadap pemimpin seperti Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dalam menjalankan mekanisme pembangunan yang adil dan berkesan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pengerusi Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Tawau Wong Thart Sin berkata keputusan itu membuka ruang perbincangan untuk membawa lebih banyak hasil ke Sabah.

"Saya percaya melalui hasil itu, pembangunan mampan dapat direalisasikan seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan dan kesihatan yang bakal memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

"Pembangunan ekonomi penduduk setempat juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik misalnya peruntukan kepada satu kampung untuk satu perusahaan mikro, kecil dan sederhana diwujudkan," katanya kepada Bernama.

Pada 17 Okt, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan bagi tahun 1974 hingga 2021.

Pada Isnin lepas, Jabatan Peguam Negara memaklumkan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.

Bagi pereka fesyen, Mohd Norwahidin Noordin, 24, pemberian khas itu dapat memajukan kawasan pelancongan seperti di tempat kelahirannya di Semporna sebagai pusat pelancongan berdaya maju yang seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan.

"Semporna semakin menjadi tumpuan pelancong luar untuk melancong ke pulau-pulau di daerah itu, oleh itu kemudahan infrastruktur perlu ditambah baik dengan membina lebih banyak hotel-hotel sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya.

Hasil itu dapat membiayai pembinaan sebuah lapangan terbang di Semporna bagi memudahkan akses kepada pelancong memandangkan ketika ini mereka perlu mendarat di Lapangan Terbang Tawau yang terletak lebih 80 kilometer dari bandar Semporna.

Pekerja swasta, Noor Aina Abdul Aziz, 51, juga sependapat agar pembangunan di Semporna dan daerah lain di Sabah dipertingkatkan terutamanya dalam menyediakan rumah mesra rakyat yang mampu dimiliki penduduk tempatan.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata penempatan setinggan masih banyak kelihatan di Semporna dan berharap pembinaan rumah mampu milik dapat memberi keselesaan kepada penduduk.

"Kalau boleh buatlah pembangunan di Semporna yang dapat membuka peluang pekerjaan kerana ramai yang tidak mempunyai pekerjaan di sini," katanya.

Bagi pesara guru Haidin Osman, 62, dari Sandakan keputusan tidak meneruskan rayuan itu memperlihatkan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap Sabah dan mahu melihat negeri itu membangun dengan mampan.

"Dengan adanya hasil itu dikembalikan itu bolehlah Sabah merancang dan merancakkan pembangunan dan ekonomi.

"Kita sebagai rakyat negeri Sabah bersyukur dan berterima kasih, bermakna kerajaan Persekutuan amat prihatin keadaan kita di Sabah," katanya.

Penjawat awam Faizan Mohamad, 38, dari Tawau percaya hubungan baik antara Persekutuan dan negeri mampu membuahkan hasil yang baik dalam membincangkan perlaksanaan pemberian 40 peratus hasil itu.

Beliau juga meletak kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk melakukan yang terbaik dalam merangka mekanisme bagi melaksanakan pemberian berkenaan.

-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan yang diambil oleh kerajaan Persekutuan berhubung pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil?
    A: Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menetapkan pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil Persekutuan.
  • Q: Apa yang dikatakan oleh Pengerusi Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Tawau berkenaan keputusan tersebut?
    A: Wong Thart Sin menyatakan bahawa keputusan tersebut membuka ruang perbincangan untuk membawa lebih banyak hasil ke Sabah dalam pembangunan mampan.
  • Q: Bagaimanakah hasil tersebut dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan negeri Sabah?
    A: Keputusan pemberian khas 40 peratus hasil dijangka dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan ekonomi penduduk setempat di Sabah.
  • Q: Apa pandangan Mohd Norwahidin Noordin, seorang pereka fesyen, mengenai pemberian khas 40 peratus hasil itu?
    A: Mohd Norwahidin Noordin berpendapat bahawa pemberian khas tersebut dapat memajukan kawasan pelancongan di Semporna, terutamanya dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur dan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.
  • Q: Bagaimanakah penduduk tempatan seperti Noor Aina Abdul Aziz dan Haidin Osman merasakan terhadap keputusan kerajaan Persekutuan tersebut?
    A: Noor Aina Abdul Aziz berharap pembangunan di Semporna dan rumah mampu milik dapat disediakan untuk penduduk tempatan, manakala Haidin Osman berpendapat keputusan tidak meneruskan rayuan menunjukkan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap Sabah dalam pembangunan mampan.



#kerajaan Persekutuan #40 peratus hasil #Pemberian Khas Negeri Sabah #rayu keputusan mahkamah #Wong Thart Sin