Kerajaan Malaysia mahu meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tetapi pada masa yang sama mahu perjanjian itu tertakluk kepada keadaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kerajaan tidak akan menerima "perkara-perkara pelik" yang bercanggah dengan Malaysia dan hanya "perkara-perkara yang "baik" daripada perjanjian antarabangsa itu akan diterima.
"Ada perkara-perkara tertentu yang mereka mahu lakukan di bawah Statut Rome yang kita tidak boleh lakukan di negara ini.
"Sebagai contoh, Statut Rom memberikan kebebasan mutlak kepada semua orang untuk melakukan segala macam perkara. Sekarang, sudah ada lelaki berkahwin dengan lelaki, wanita berkahwin dengan wanita," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen "Sayangi Sawitku" di Pulau Carey di sini pada Ahad.
Perdana Menteri berkata demikian susulan titah ucapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan baginda semalam bahawa kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan jika menandatangani Statut Rome kerana perjanjian itu menyentuh hak dan kuasa raja, hak istimewa orang Melayu dan kesucian agama Islam di negara ini
Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah perjanjian yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang perakukan di Rom pada 17 Julai 1998, dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2002.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Datuk Seri Ronald Kiandee akan kekal sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sehingga calon yang sesuai dikenal pasti.
Belau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kiandee akan digugurkan berikutan anggota-anggota PAC yang lain membantah beliau terus menyandang jawatan itu.
"Ini bukan perkara undang-undang, ini adalah janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Kita boleh melakukannya pada bila-bila masa, kita akan berpegang kepada janji kita.
"Tidak perlu apabila sesuatu berlaku, anda menggugurkan segala-galanya," kata beliau.
Mengenai kebimbangan tentang nepotisme melibatkan anak sulungnya, Tan Sri Mokhzani dilantik sebagai presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Dr Mahathir berkata bukan hasrat Mokhzani untuk kembali semula dalam sukan permotoran seperti sesetengah pihak mendakwa.
"Orang selalu menuduh kita melakukan segala macam perkara yang disebabkan oleh politik bukan kerana perkara praktikal.
"Anak saya tidak mahu kembali semula (ke sukan permotoran)..dia membelanjakan banyak wangnya semasa berada di sana..jadi sekarang dia menyimpan wang itu," kata beliau.
Bernama
Sun Mar 24 2019
DR MAHATHIR: Kerajaan Malaysia mahu meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tetapi pada masa yang sama mahu perjanjian itu tertakluk kepada keadaan di Malaysia.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Bersuhabat dalam genosid: PM Australia Albanese dirujuk ke ICC
Birchgrove Legal, yang memfailkan kes itu berkata Albanese adalah pemimpin pertama negara Barat yang dirujuk kepada ICC di bawah Perkara 15 Statut Rom.
Armenia rasmi jadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Armenia pada Khamis secara rasmi menjadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.
Pusat Pendidikan Berterusan UM wujudkan simulasi sidang ICC bicarakan jenayah Israel
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UM) mengambil insiatif mewujudkan simulasi persidangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mengupas dan membicarakan isu jenayah rejim Zionis.
MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas
Halang bantuan ke Gaza mungkin jenayah di bawah ICC
Israel perlu melakukan usaha yang boleh dilihat tanpa berlengah untuk memastikan orang awam menerima makanan asas dan ubat-ubatan.
CENTHRA tuntut ICC keluar amaran tegas terhadap kekejaman Israel
Mahkamah Jenayah Antarabangsa didakwa kurang tegas dalam usaha menamatkan keganasan yang semakin memuncak di Palestin.
Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Rusia
Hofmanski Piotr dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
ICC menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Ahli Parlimen Gaza fail aduan kepada ICC berhubung tindakan Israel
Mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.