SHAH ALAM: Kerajaan tidak bercadang untuk meneruskan projek monorel Putrajaya susulan terdapat alternatif pengangkutan awam lain di kawasan berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, perkhidmatan bas pengantara sedia ada dari Putrajaya Sentral melibatkan lima laluan iaitu ke Presint 10, Presint 16, Presint 4, Presint 11 dan Ayer 8 juga telah ditambah baik.
"Memang ada kajian yang pernah dibuat tetapi projek monorel Putrajaya sudah lama terbengkalai sejak sekian lama.
"Struktur yang masih ada (iaitu) satu terowong bawah tanah telah dibina pada ketika itu, tetapi ia sudah lama dan setakat ini belum ada sebarang kajian dibuat sama ada struktur tersebut masih boleh diguna pakai atau tidak," katanya pada sidang Dewan Negara pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya sama ada kerajaan akan menyiapkan pembinaan projek monorel Putrajaya bagi mengurangkan kesesakan jalan di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, kerajaan sentiasa terbuka untuk meneliti sebarang kebolehlaksanaan projek-projek lain untuk menaik taraf sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya dan sekitarnya.
"Kita akan melihat alternatif lain untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas pengantara antara stesen Putrajaya Sentral ke presint-presint yang disebutkan.
"Perkhidmatan bas telah ditambah baik dan saya harap ia memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan Putrajaya dan sekitarnya," katanya.
Sementara itu, Anthony Loke memaklumkan, bilangan penumpang dijangka terus meningkat dengan penambahan tren-tren Transit Aliran Massa (MRT) baharu yang akan beroperasi di laluan Kelana Jaya selain penyiapan penuh kerja membaikpulih struktur retak di laluan Ampang.
"Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana akan terus menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain membuat pelaburan dalam infrastruktur rel dan bas mengikut keperluan demi menggalakkan peralihan ke mod pengangkutan awam yang lebih selesa, selamat dan rendah karbon.
"Selain itu, pas perjalanan tanpa had MY50 bagi perkhidmatan rel dan bas juga diteruskan sebagai usaha kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam," ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023
Anthony menjelaskan, perkhidmatan bas pengantara sedia ada dari Putrajaya Sentral melibatkan lima laluan iaitu ke Presint 10, Presint 16, Presint 4, Presint 11 dan Ayer 8 juga telah ditambah baik. - Gambar fail/BERNAMA
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im
Persidangan itu akan menjadi wadah bagi membincangkan peranan pemimpin agama dunia dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
AWANI 7:45 [30/04/2024] – SPRM ambil keterangan MB Perlis | Buru tanpa kompromi | PM minta negara Arab tegas
- SPRM ambil keterangan MB Perlis, kes salah guna kuasa
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim Zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di Hospital Al-Emirati di Rafah.
AWANI Ringkas: Culan bayar cukai LHDN | Penjenamaan semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kontrak Projek Central Spine Road bernilai RM232 juta diberi kepada Nepturis - Saksi
Berkenaan projek-projek di bawah program Jana Wibawa, Mohamed Fauzi memaklumkan pihak KKR tidak menentukan sebarang projek untuk dimasukkan ke dalam program berkenaan.
Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
Kerajaan tidak teruskan projek monorel Putrajaya - Anthony
Kerajaan tidak bercadang untuk meneruskan projek monorel Putrajaya susulan terdapat alternatif pengangkutan awam lain di kawasan berkenaan.