MALAYSIA
Kerajaan tubuh Suruhanjaya TVET perkukuh ekosistem latihan kemahiran - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil 2/2025 yang dipengerusikan beliau hari ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara bagi memperkukuh kawal selia institusi, selain menyelaras dan memantau strategi ke arah mewujudkan ekosistem TVET yang lebih sistematik, berfokus dan responsif.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil 2/2025 yang dipengerusikan beliau hari ini.
"Suruhanjaya TVET bakal menjadi sebuah entiti khusus yang berperanan sebagai badan kawal selia utama TVET negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi MTVET berkata suruhanjaya berkenaan akan menyelaras pendaftaran institusi TVET, standard kemahiran, pengambilan pelajar berpusat dan pengurusan data raya, memantau prestasi institusi TVET serta menilai keberhasilan program serta membuat syor intervensi dan penambahbaikan kepada agensi pusat.
Ahmad Zahid berkata penubuhan suruhanjaya itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama pendidikan dan laluan kerjaya, seterusnya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang menepati keperluan industri serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
"Beberapa sesi dialog awam dan libat urus bersama pemegang taruh serta pemain industri akan diadakan dalam tempoh enam bulan bagi memastikan penubuhan Suruhanjaya TVET ini dapat direalisasikan," katanya.
Ahmad Zahid turut menegaskan komitmen kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai pendidikan arus perdana, bukan sekadar penyedia laluan alternatif tetapi pemacu pertumbuhan berasaskan kemahiran, inovasi dan produktiviti tinggi.
Beliau berkata pencapaian semasa juga membuktikan perkembangan positif TVET apabila kemasukan pelajar baharu meningkat kepada 212,022 orang tahun lepas, berbanding 175,780 pada 2023.
"Saya percaya kejayaan TVET memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, institusi TVET dan industri agar kurikulum, kaedah latihan dan kompetensi tenaga pengajar terus relevan dengan permintaan pasaran," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, graduan TVET juga perlu diperkasakan dengan kemahiran strategik dalam bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pengurusan pusat data, keselamatan siber, kenderaan elektrik (EV) dan lain-lain.
Beliau berkata mesyuarat MTVET kali ini turut menggariskan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hab TVET serantau menjelang 2030, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
-- BERNAMA