Kerajaan umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 buat pesara

Astro Awani
April 5, 2022 04:55 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Menurut Perdana Menteri, bantuan khas sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
Beliau berkata, pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.
#Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri #penjawat awam #pesara kerajaan #Perdana Menteri