DENGKIL: Kerajaan akan mengumumkan pakej talian pascabayar khusus untuk penjawat awam esok, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pakej istimewa itu ditawarkan ekoran rungutan yang diterima daripada petugas barisan hadapan di lapangan berkaitan harga langganan talian pascabayar ketika ini.
"Insya-Allah esok ada sedikit pengumuman khusus untuk penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Balai Raya Taman Desa Jenderam Hilir di sini hari ini.
Bagi petugas media pula, Fahmi berkata perbincangan mengenai pakej talian pascabayar akan dibuat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) esok dan keputusannya akan diumumkan pada masa akan datang.
" Insya-Allah saya akan bangkitkan (untuk petugas media), kita tengok sama ada mereka (telco) setuju atau tidak," katanya sambil menambah banyak lagi pengumuman baik akan dibuat melalui usaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Fahmi berkata usaha KKD tidak akan terhenti dalam mengurangkan beban pengguna talian perkhidmatan telekomunikasi malah akan dipergiatkan setiap masa bagi memastikan segenap lapisan masyarakat menikmati kualiti perkhidmatan yang lebih baik pada kadar harga yang berpatutan.
"Insya-Allah selepas kita melaksanakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), harga Internet akan berkurangan," katanya.
Pada 31 Julai lepas, Fahmi dilaporkan berkata harga Internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila MSAP diguna pakai.
Pada 11 Julai lepas, MCMC berkata pengurangan harga runcit bagi perkhidmatan jalur lebar tetap berdasarkan MSAP hanya boleh dilaksanakan selepas perjanjian akses dimeterai antara pembekal perkhidmatan.
MCMC memaklumkan buat masa ini, kebanyakan pembekal akses telah atau sedang dalam proses penerbitan Tawaran Akses Rujukan (RAO).
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata KKD akan menyiasat dakwaan aktiviti penjualan minyak masak paket bersubsidi dilakukan secara dalam talian sebelum mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Saya lihat perkara ini sebagai serius. Maklumat ini saya akan panjangkan kepada KPDN. Sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, MCMC akan jalankan tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang," katanya.
Harga subsidi minyak masak paket sekilogram ditetapkan pada harga RM2.50 sejak program subsidi dimulakan pada 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Program Merdeka@Komuniti DUN Dengkil dan Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor Tahun 2023 di Jenderam hari ini. - Foto BERNAMA
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kerajaan umum pakej talian pascabayar penjawat awam esok - Fahmi
Kerajaan akan mengumumkan pakej talian pascabayar khusus untuk penjawat awam esok, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.