awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Had tempoh jawatan perdana menteri langkah progresif wujudkan demokrasi seimbang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan umum PKPD di tiga lokaliti di tiga negeri - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
11:36 MYT
Kerajaan umum PKPD di tiga lokaliti di tiga negeri - Ismail Sabri
PKPD juga akan dilaksanakan di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu dan MRSM Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga perkampungan dalam Mukim Tras, Raub, Pahang pada 13 sehingga 26 Mei 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata, ia melibatkan Kampung Baru Tras, Kampung Sungai Cheetang dan Kampung Sang Lee, Tras, Raub, Pahang, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu katanya, PKPD juga akan dilaksanakan di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu pada 14 sehingga 27 Mei dan MRSM Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak pada13 sehingga 26 Mei 2021.
Jelasnya, pelanjutan PKPD lima penempatan sekitar Sg. Klau, Raub, Pahang akan dijalankan bermula 13 Mei sehingga 26 Mei 2021
Dalam pada itu katanya, kerajaan mengumumkan penamatan PKPD dua penempatan sekitar Sungai Chalit, Raub, Pahang pada 12 Mei 2021 seperti yang dijadualkan dan di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan pada 11 Mei 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.
Jelasnya lagi, 475 lagi individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada Isnin.
Jelasnya, daripada jumlah tersebut seramai 454 individu dikompaun manakala 21 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis sebanyak 223 kes; tidak memakai pelitup muka (115); tiada penjarakan fizikal (63) serta lain-lain (74).
Bagi Operasi Benteng (Op Benteng) pula, Ismail Sabri berkata seramai 56 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditangkap semalam, selain lapan buah kenderaan darat dirampas.
Tambah beliau, sebanyak 138 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.
Setakat semalam, sebanyak 78,305 pemeriksaan dijalankan oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
#PDRM
#SOP
#PKP
#PKPD
#pelitup muka
#kerajaan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan