awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana hujan teratakku musnah - Pasangan OKU

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
02/12/2017
20:48 MYT
Kerana hujan teratakku musnah - Pasangan OKU
Dapur teratak usang pasangan suami isteri dari Kampung Teluk Merbau, Perupok, di Bachok, ranap dalam kejadian hujan lebat pada Jumaat. -Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
Hujan lebat yang berterusan disertai angin kuat menyebabkan bahagian dapur sebuah teratak usang yang didiami pasangan kelainan upaya roboh menyembah bumi.
Dapur teratak usang peninggalan orang tua pasangan suami isteri dari Kampung Teluk Merbau, Perupok, di sini, itu ranap dalam kejadian hujan lebat pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, rumah yang didiami Wan Shukri Wan Hasan, 48 bersama isteri, Wan Rohani Hasan, 42, serta enam anak mereka yang berusia 20 hingga 10 bulan ranap teruk.

Foto Muhafandi Muhamad

Foto Muhafandi Muhamad
Mujurlah semasa kejadian tersebut beliau bersama suaminya sempat berlari keluar dan berada di bahagian ruang tamu. Menurut Wan Rohani, sebelum kejadian dia sedang menyiang ikan di dapur sementara anaknya bersiap untuk mandi. Berasa seperti sesuatu perkara buruk akan berlaku,dia kemudian memanggil keluarganya duduk di ruang tamu rumah sebelum satu dentuman kuat kedengaran di bahagian dapur. “Masa itu hendak masak, ambil ikan hendak siang, kedengaran bunyi dentuman. Kami pun lari, anak menjerit nak bagi susu anak, tak sedap rasa, tubik luar rung lalu, tiko tu hujan,” kata Wan Rohani ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya hari ini. Sementara itu, Wan Shukri pula berkata, kejadian itu menyebabkan dia dan isterinya diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga selepas dia tidak dapat bekerja sebagai nelayan buat masa ini kerana keadaan musim tengkujuh. Dia kini hanya bergantung kepada hasil mencari daun nipah yang tidak seberapa selain bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM berjumlah RM300 sebulan. Sebelum ini beliau pernah memohon rayuan dari pihak-pihak berkenaan untuk membaiki rumah namun tidak berhasil. Teratak pusaka berusia lebih 50 tahun itu sudah tidak selamat didiami kerana keadaan papan lantai dan dinding yang reput selain kurang selesa kerana bumbung bocor.
Topic Berkaitan
#banjir
#bocor
#jkm
#nelayan
#OKU
#rumah
#teratak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan