NATIONAL
Kerangka Ekonomi Madani: Masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan - Polity
Masih banyak penambahbaikan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani termasuk usaha bantuan asas rakyat serta meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan negara perlu dilakukan.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Masih banyak penambahbaikan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani termasuk usaha bantuan asas rakyat serta meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan negara perlu dilakukan.
Pengerusi Eksekutif badan pemikir Polity, Nurul Izzah Anwar berkata, perjuangan mencapai matlamat kerajaan termasuk menyediakan perlindungan sosial dan mencapai status negara berpendapatan tinggi perlu dijadikan kenyataan.
"Tanpa perlindungan sosial, ekonomi bersedia untuk menyertai barisan negara maju. Tetapi mengorbankan kebajikan sosial demi ekonomi yang lebih dinamik akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah.
"Bagi saya, salah satu visi keselamatan manusia, visi yang menuntut kita melabur dalam kesihatan mental, pendidikan, kebajikan sosial, dan peluang ekonomi yang inklusif, bahawa kita mengimbangi antara kekayaan dan kesejahteraan," katanya.
Beliau berkata demikian di sesi eksklusif anjuran Polity, dengan kerjasama Ipsos untuk meneroka dinamik masyarakat, ekonomi dan tadbir urus di ibu negara pada Jumaat.
Tambah Izzah, negara perlu ada keseimbangan antara kekayaan dan kesejahteraan namun wujud beberapa isu yang menghalangnya.
"Sesebuah institusi penting, tetapi institusi mesti berfungsi. Ia harus kekal relevan dari semasa ke semasa. Dan keperluan masa, berubah. Salah satu soalan utama yang perlu kita jawab adalah, adakah institusi kita relevan untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan?," soalnya.
Jelas beliau lagi, Polity sebagai badan pemikir baharu berharap mampu mendorong perubahan yang bermakna sekali gus memberdayakan komuniti terutamanya kaum wanita dan belia.
Polity dijangka menjadi platform penting dalam menggerakkan perubahan dasar yang inklusif, khususnya membabitkan wanita, anak muda dan komuniti rentan di negara ini.