KUALA KRA: Seorang kerani maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Lai Chen Meng, 41, yang tinggal di Tanah Merah maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian treler jenis Volvo yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 36 tahun dari arah Kilang Seng Hing Rubber menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor.
"Setiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang oleh mangsa muncul dari arah bertentangan secara mengejut.
"Motosikal itu telah masuk ke laluan treler lalu bertembung dengan kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, mangsa yang memakai topi keledar mengalami cedera parah di bahagian kepala, meninggal dunia di lokasi.
Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Ismail Petra untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.
Suzaimi berkata, siasatan lanjut masih diteruskan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 29 2023

Seorang kerani maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong, Kuala Krai pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Rohana dilaporkan sudah pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerani maut, motosikal bertembung treler
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Lai Chen Meng, 41, yang tinggal di Tanah Merah maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Penghantar barang maut tercampak atas bumbung kereta
Kemalangan jam 9.50 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki tunggang motosikal lawan arus maut bertembung kereta
Penunggang merupakan seorang lelaki tempatan disahkan maut di tempat kejadian.