Polis berjaya menahan seorang kakitangan awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju yang dipercayai perancang utama kes samun lebih RM1 juta di pejabat akaun jabatan itu, 4 Julai lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata wanita berusia 40 tahun itu antara sembilan individu yang berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan kes.
“Hasil siasatan mendedahkan kejadian ini dirancang oleh seorang perempuan Melayu berumur 40 tahun yang merupakan kakitangan bertugas di pejabat tersebut.
"Polis telah berjaya merampas sebahagian wang rompakan berjumlah RM111,400 dan barang kemas bernilai RM5,256,” kata beliau.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata polis masih memburu dua lagi suspek utama bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, kesemua suspek berusia 24 hingga 67 tahun itu ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Dalam kejadian 4 Julai lalu, dua suspek yang memakai topi keledar berpenutup muka dan bersenjatakan parang telah menyamun pejabat akaun dan hasil di aras bawah JPJ Wangsa Maju.
Mereka merampas wang tunai RM754,840 serta empat keping cek bernilai lebih RM444,000.
Astro Awani
Thu Jul 21 2016
Datuk Amar Singh berkata polis masih memburu dua lagi suspek utama bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Gambar fail
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.
Polis sangkal dakwaan Justo, tidak pernah tanya soalan bodoh
Polis menyangkal dakwaan oleh Xavier Andre Justo, bahawa dia dipaksa membuat pengakuan terbuka bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang baik.
Billion Dollar Whale: Mungkin saya akan dipanggil berlakon babak serbuan di Pavilion - Amar Singh
Itulah maklum balas spontan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman ketika diajukan soalan mengenai buku Billion Dollar Whale yang bakal difilemkan.
Polis akan panggil semula Najib, Rosmah berhubung 1MDB
JSJK Bukit Aman akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan skandal kes 1MDB.
Isu tanah Felda: Tiada pendakwaan diteruskan
PDRM sahkan tiada pendakwaan diteruskan berhubung isu kontroversi pemilikan tanah Felda Kuala Lumpur Vertical City.
Nilai rampasan polis subjektif, harta adalah hadiah - Najib
Dalam temu bual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib berkata penilaian tersebut subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu sudah berusia kira-kira 20 tahun.
Kertas siasatan kes tukar milik tanah Felda dihantar ke DPP
Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemindahan lot tanah projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) milik Felda kepada pejabat pendakwa raya.
Polis jawab isu makan coklat, minta makanan di rumah Najib
JSJK berkata jabatan itu akan menyiasat sebarang dakwaan salah laku oleh anggota polis, seperti yang didakwa bekas perdana menteri dan anggota keluarganya awal hari ini.
'Unprofessional cops will be dealt with seriously' - CCID chief
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh says any cops who are found to be unprofessional during the search at Datuk Seri Najib Tun Razak's properties, will be dealt with seriously.
1MDB case: 72 pieces of luggage, 284 boxes containing bags, cash, jewellery seized
Said the Bukit Aman CCID chief, the items seized were solely done in relation to the investigation on the 1MDB scandal.