awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani wanita rugi RM465,200 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
15/05/2025
12:45 MYT
Kerani wanita rugi RM465,200 terperdaya pelaburan tidak wujud
Polis berkata wanita berusia 47 tahun itu mendakwa mengetahui mengenai pelaburan itu menerusi iklan di Facebook, sebelum berurusan dengan seorang wanita melalui WhatsApp. - Foto hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang kerani sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM465,200 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan dalam talian yang tidak wujud, Mac lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata wanita berusia 47 tahun itu mendakwa mengetahui mengenai pelaburan itu menerusi iklan di Facebook, sebelum berurusan dengan seorang wanita melalui WhatsApp.
Beliau berkata kerani wanita itu pada mulanya diminta memuat turun satu aplikasi untuk mendaftar sebagai ahli dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 60 peratus dalam tempoh singkat.
"Wanita itu telah melakukan 14 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun bank seperti diarahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata wanita itu mula berasa sangsi apabila gagal mengeluarkan keuntungan seperti dinyatakan dalam aplikasi itu, sebaliknya diminta menambah wang pelaburan untuk berbuat demikian.
Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah semalam.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani wanita
#polis pulau pinang
#Facebook
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan