awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani wanita syarikat kurier dijumpai mati dengan kesan jerutan di leher

Bernama
Bernama
26/08/2015
00:24 MYT
Kerani wanita syarikat kurier dijumpai mati dengan kesan jerutan di leher
Seorang kerani wanita syarikat kurier ditemui mati dengan kesan jerutan di leher, dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Desa, dekat Kluang. -Gambar hiasan
Seorang kerani wanita syarikat kurier ditemui mati dengan kesan jerutan di leher, dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Desa, dekat Kluang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata S.Chintra, 31, ditemui mati oleh bapa dan sepupunya dengan keadaan separuh pinggangnya tertiarap di dalam tab mandi di bilik air rumah berkenaan.
"Menurut saksi, wanita itu dikatakan keluar dari pejabatnya pada waktu makan tengah hari dan gagal pulang semula ke pejabat.
"Kira-kira 3.30 petang, sepupu mangsa telah menghubunginya menerusi panggilan telefon, namun tiada percakapan melalui panggilan yang dijawab itu sebelum panggilan berkenaan terputus," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata sepupu mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku itu bertindak menghubungi bapa mangsa sebelum mereka pergi ke rumah tersebut dan mendapati pintu rumah terbabit terbuka.
Katanya sebaik memasuki rumah itu, mereka mendapati pintu bilik utama berkunci dan mangsa kemudian ditemui di dalam bilik air selepas pintu tersebut dipecahkan.
Mohamad berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital itu.
Beliau berkata siasatan mendapati bilik mangsa agak berselerak dan dipercayai berlaku pergelutan antaranya dan suspek.
Katanya pemeriksaan menemui sebentuk loket emas milik mangsa di dalam bilik di tepi katil manakala antara barang milik mangsa yang hilang adalah dua telefon bimbit, beberapa barangan kemas serta satu kunci kereta jenis Perodua Myvi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setakat ini dipercayai bermotifkan cemburu dan dendam, kata Mohamad.
Topic Berkaitan
#kerani
#kesan jerutan
#kurier
#mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan