KUALA KANGSAR: Kereta membawa lima mangsa yang rentung dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi dipercayai dirempuh dari belakang sebelum terbakar.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob ketika ditemui pada Khamis berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa berada di belakang treler membawa muatan mozek di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan KM246-244.4 ditutup untuk penyelenggaraan jalan.
Namun, secara tiba-tiba, sebuah treler membawa muatan besi pagar dari arah belakang kereta tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kereta mangsa sebelum menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar belakang treler muatan mozek.
Akibat nahas tersebut, treler muatan besi pagar itu terbakar sebelum api merebak ke bahagian kepala treler.
Menurut Omar Bakhtiar, akibat tersepit, kesemua mangsa di dalam kereta jenis Honda City itu tidak dapat menyelamatkan diri.
Beliau dalam pada itu mengesahkan lima mangsa yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi tadi merupakan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.
Identiti kesemua mangsa yang berumur di antara 19 hingga 23 tahun itu sedang dikenal pasti.
"Lima orang tersebut kita kenal pasti, berumur lebih kurang daripada 19 tahun hingga 23 tahun yang dipercayai pelajar daripada Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
"Identitinya sebenar mangsa kita sedang kenal pasti.
"Kelima-lima mangsa yang rentung tersebut semuanya lelaki.
"Mereka dipercayai dari Ipoh nak balik ke Kuala Kangsar," kata Omar Bakhtiar ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis.
BACA: Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS
BACA: 5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan
Polis telah menahan pemandu treler berusia 28 tahun yang membawa muatan besi pagar untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 12 2022
Kereta membawa lima mangsa yang rentung dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi dipercayai dirempuh dari belakang sebelum terbakar. -JBPM
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Nahas kereta-treler: Jenazah pelajar USAS Ahmad Naim Najmi selamat dikebumi
Jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal pada 3.15 pagi selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, Perak selepas Isyak malam tadi.
Kereta 5 mangsa rentung dirempuh dari belakang, tersepit di antara dua treler - Polis
Polis telah menahan pemandu treler berusia 28 tahun yang membawa muatan besi pagar untuk siasatan lanjut.