Skip to main content

Gaya Hidup

Kereta ASEAN hasil kerjasama Proton dan syarikat dari China?

Proton-Geely-ASEAN-car-main-2.JPG.aspx
Advertisement


Kerjasama yang mungkin berlaku antara Proton Holdings Bhd. dan sekurang-kurangnya satu pengeluar kereta daripada China bagi projek kereta ASEAN dijangka akan mengeluarkan produk pertamanya dalam tempoh 20 bulan lagi.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menjelaskan bahawa Proton ketika ini sedang berunding dengan beberapa syarikat automobil di China termasuk Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely).

"Keadaan semakin positif. Mereka menyatakan mereka memerlukan masa 20 bulan daripada sekarang untuk membina kilang dan mengeluarkan kereta pertama," kata beliau pada taklimat media selepas melancarkan Kempen Produktiviti, hari ini.

Ong berkata perkongsian ini akan membolehkan Malaysia memanfaatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kukuh China, yang seterusnya menambah baik kereta Proton dan membolehkan syarikat tersebut mengeluarkan model kompetitif bagi pasaran ASEAN.

Geely adalah antara pengeluar kenderaan yang paling berjaya di China, dan juga pemilik syarikat automotif terkemuka Volvo Cars yang dibelinya pada tahun 2010.

Fakta ini barangkali menjelaskan tujuan pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir yang telah melawat melawat ibu pejabat Volvo di Sweden awal bulan September lalu.

Memperkasakan PROTON : Tun M hari ini di Volvo HQ, Goternburg, Sweden

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Monday, 7 September 2015

Must Watch Video

Advertisement