[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Kereta bertembung, dua pemandu nyaris rentung

Rudi Affendi Khalik 03/10/2019 | 03:19 MYT
Dua pemandu nyaris rentung selepas kereta yang dipandu mereka bertembung sebelum terbakar di persimpangan lampu isyarat Jalan Stutong, di sini, awal pagi tadi. -Foto JBPM
Dua pemandu nyaris rentung selepas kereta yang dipandu mereka bertembung sebelum terbakar di persimpangan lampu isyarat Jalan Stutong, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.10 pagi.
"Sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota segera diatur gerak ke lokasi dan mendapati dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Perodua Viva telah terbakar hampir seratus peratus," kata Ling Hii.
Menurutnya, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api menjadi lebih marak.
“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua salur bantu mula dan kebakaran terkawal pada jam 2.34 pagi," tambahnya lagi.
#bertembung sebelum terbakar #Jalan Stutong #nyaris rentung #Perodua Myvi #Perodua Viva #persimpangan lampu isyarat #Tiong Ling Hii