awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta curi dari M'sia antara 30 yang dirampas kastam Thailand

Bernama
Bernama
10/06/2014
02:57 MYT
Kereta curi dari M'sia antara 30 yang dirampas kastam Thailand
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thai Rakob Srisupaat, kenderaan terbabit dibawa dari Singapura.
Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu. (RM1 = 100 Baht)
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thai Rakob Srisupaat, kenderaan terbabit yang dibawa dari Singapura dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga.
Kontena yang membawa kenderaan terbabit disenaraikan sebagai mengangkut perabot atau kereta baharu, katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain.
Menurut seorang pegawai kastam, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini.
Terdapat ratusan kenderaan curi dari Malaysia di negara ini tetapi bukan mudah untuk diserah semula kerana perlu mematuhi prosedur undang-undang, kata seorang lagi pegawai kastam.
Katanya antara yang menyukarkan proses itu ialah mendapatkan dokumen pengesahan daripada syarikat insurans.
Beliau berkata ada kereta yang tersadai di sini selama bertahun-tahun kerana menjadi bahan bukti kes jenayah.
Ada juga kereta tidak dikembalikan kerana proses itu menelan kos yang tinggi, katanya.
Sementara itu, Nazirah menghargai kerjasama rapat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan.
Banyak kereta curi berjaya diserahkan semula oleh pihak berkuasa Thailand kepada Malaysia, katanya.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#curi
#kastam
#kereta
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan