awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dihempap pokok tumbang, dua cedera ringan

Bernama
Bernama
08/09/2023
15:10 MYT
Kereta dihempap pokok tumbang, dua cedera ringan
Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon hari ini. - Foto JBPM
IPOH: Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.01 petang.
Beliau berkata sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba, pihaknya mendapati kereta dinaiki dua beranak itu terperangkap di bawah pokok yang tumbang.
Sabarodzi berkata mangsa iaitu seorang wanita berusia 47 tahun dan anaknya, 14, yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh anggota bomba.
"Mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah ke hospital swasta dengan kenderaan orang awam. Komander operasi telah memaklumkan kepada pihak MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) untuk hadir ke lokasi kejadian bagi bantuan pemotongan pokok di lokasi," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau memaklumkan operasi tamat pada 4.49 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dihempap pokok
#Pokok tumbang
#dua beranak
#cedera
#Taman Song Choon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan