awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dipandu lelaki yang hilang terbabas dalam gaung

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
09/08/2022
04:00 MYT
Kereta dipandu lelaki yang hilang terbabas dalam gaung
Kereta yang dipandu Zahari terbabas jatuh ke dalam gaung di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi - Mersing. - Gambar media sosial
MERSING: Kehilangan juruukur di Pelabuhan Johor yang dalam perjalanan dari kediamannya di Kemaman, Terengganu ke Pasir Gudang pada Ahad, terjawab selepas kenderaan yang dinaikinya ditemui pagi tadi.
Kenderaan mangsa, Zahari Zakaria, 62 tahun, ditemui dalam gaung di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi - Mersing, menurut Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edrward Nuing.
Katanya, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 9.10 pagi, yang ternampak Perodua Myvi berwarna biru itu di dalam gaung.
"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing terima makluman dari orang awam menyatakan terdapat sebuah kereta berwarna biru terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.
"Mangsa dilaporkan hilang oleh anak mangsa sehari selepas pergerakan beliau dari Kemaman ke arah Pasir Gudang.
"Mangsa tidak dapat dihubungi setelah 24 jam dan anak mangsa telah membuat laporan polis.
"Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa dipercayai terbabas ketika melalui jalan jenis selekoh di laluan tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jelas Edward Nuing, akibat kemalangan itu, kenderaan mangsa terbalik dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu dan menyebabkan kemalangan maut.
"Kes masih dalam siasatan polis.
"Pihak polis menasihatkan pemandu jalan raya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakkan," katanya.
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#terbabas dalam gaung
#juruukur Pelabuhan Johor
#Zahari Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan