Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan ngeri selepas kereta Honda Stream dinaiki mereka dirempuh sebuah treler petang tadi.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat di kilometer 176 Jalan ]ohor Bahru-Seremban, berdekatan kampung Melayu Raya, di sini.
Dalam kejadian sekitar jam 1.40 petang itu, keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang turut berada dalam kenderaan sama, terselamat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, mereka yang meninggal dunia masing-masing seorang lelaki dewasa, wanita dewasa, kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan yang dipercayai sebuah keluarga.
Ujarnya, identiti kelima-lima mangsa sedang diperolehi, manakala pemandu treler dan kanak-kanak yang cedera terbabit telah dibawa ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan.
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal, treler tanpa muatan dari arah Segamat menghala ke Labis dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas melanggar bahagian hadapan kereta tersebut yang datang dari arah bertentangan.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Syed Putra Syed Mohamad ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.35 petang dan satu jentera serta sebuah kenderaan EMRS membabitkan lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati empat mangsa telah meninggal dunia manakala dua lagi mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Segamat.
Pasukan bomba juga mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kereta Honda Stream berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Sep 08 2018
Kejadian berlaku ketika hujan lebat di kilometer 176 Jalan ]ohor Bahru-Seremban, berdekatan kampung Melayu Raya, di Segamat. - Foto JBPM
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.