awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta hilang kawalan punca pemandu rentung dalam nahas di WCE - Polis

Aida Aziz
Aida Aziz
15/10/2023
01:40 MYT
Kereta hilang kawalan punca pemandu rentung dalam nahas di WCE - Polis
Seorang mangsa rentung setelah kereta yang dipandunya merempuh pembahagi tol lalu terbakar dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Sitiawan, lewat malam tadi. - Gambar ihsan JBPM Perak
MANJUNG: Kemalangan yang mengorbankan pemandu kereta jenis Toyota Corona di Plaza Tol Lekir arah selatan dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini lewat malam tadi, dipercayai akibat hilang kawalan.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Changkat Chermin menghala ke Teluk Intan.
Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok batu Plaza Tol Lekir arah selatan lalu terbakar.
"Sekitar jam 11.40 malam, pihak polis telah dimaklumkan mengenai satu kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah kereta terbabas dan terbakar merempuh tembok Plaza Tol tersebut.
"Pemandu yang masih belum dikenal pasti identiti telah maut dan rentung bersama kenderaan di lokasi kemalangan.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohamed Nordin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540.
Terdahulu, media melaporkan, seorang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya rentung setelah kereta yang dipandu merempuh pembahagi tol lalu terbakar dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Sitiawan lewat malam tadi.
Topic Berkaitan
#pemandu rentung
#kereta terbakar
#rempuh pembahagi tol
#Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan