MALAYSIA
Kereta kes penculikan Pamela Ling ditemui dekat sempadan Thailand
Peguam keluarga Pamela mempersoalkan kelewatan tindakan pihak berkuasa, termasuk kegagalan memaklumkan Interpol. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Salah sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam penculikan Datin Seri Pamela Ling ditemui berhampiran sempadan Thailand.
Ringkasan AI
Menurut wakil peguam, Sangeet Kaur Deo keluarga Pamela dimaklumkan mengenai penemuan kenderaan berkenaan beberapa minggu lalu selepas penculikan pada 9 April lepas.
Begitu pun, peguam itu mendakwa sehingga kini masih tiada sebarang kemas kini daripada pihak berkuasa berhubung penemuan tersebut.
"Memandangkan kemungkinan besar bahawa dia (Pamela) dibawa menyeberangi sempadan, keluarga kali terakhir dimaklumkan (beberapa minggu lalu) bahawa Interpol masih belum dimaklumkan - apa yang sedang ditunggu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)?," soalnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Sangeet berkata beberapa minggu telah berlalu namun tiada kemas kini diberikan mengenai ujian forensik ke atas barang-barang yang ditemui dalam kereta tersebut.
Malah, dia turut mempersoalkan sama ada PDRM telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mereka dalam menguruskan kes orang hilang.
"Dan sekiranya PDRM tidak mempunyai kepakaran atau kemahiran untuk menjalankan siasatan dengan betul, adakah mereka telah mendapatkan bantuan pakar?," katanya lagi.
Jelas Sangeet lagi, selepas ditanya oleh keluarga, PDRM memaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan Pamela walaupun dikatakan telah mengambil keterangan daripada 47 individu.
Dia menambah, sepanjang enam minggu lalu, keluarga telah memberikan maklumat yang melebihi apa yang diminta, namun masih tiada sebarang maklum balas mengenai siasatan terhadap maklumat yang telah dikemukakan.
Pada 18 Mei lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, memaklumkan bahawa keberadaan Pamela yang dilaporkan hilang sejak 9 April masih belum dapat dipastikan, sama ada berada dalam negara atau telah dibawa keluar.
Pamela ialah saksi utama dalam siasatan pengubahan wang haram, dan diculik di Putrajaya ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan maklumat.
Kereta Grab yang dinaikinya didakwa dihalang oleh lima buah kenderaan lain berhampiran premis tersebut.
Ringkasan AI
- Kenderaan dipercayai digunakan dalam penculikan Datin Seri Pamela Ling ditemui berhampiran sempadan Thailand, namun tiada kemas kini forensik diberikan kepada keluarga sehingga kini.
- Peguam keluarga mempersoalkan kelewatan tindakan pihak berkuasa, termasuk kegagalan memaklumkan Interpol dan ketidakjelasan siasatan terhadap pegawai SPRM serta maklumat yang ingin disampaikan oleh mangsa.
- Pihak keluarga mendakwa PDRM tidak serius menyiasat kes ini dan menuduh wujudnya siasatan terpilih yang menafikan hak asasi, sambil menyeru rakyat Malaysia untuk mempersoalkan sikap tidak bertindak pihak berkuasa.