MALAYSIA
Kereta langgar lampu isyarat, rempuh kenderaan lain sehingga terbalik
Kejadian berpunca daripada kecuaian seorang pemandu kereta Perodua Bezza yang melanggar lampu isyarat di Kulim Hi Tech. - Gambar ihsan PDRM
KULIM: Tindakan melulu seorang pemandu melanggar lampu isyarat kerana mengejar ambulans yang membawa neneknya ke hospital menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, kejadian jam 4.30 petang Isnin itu berpunca daripada kecuaian seorang pemandu kereta Perodua Bezza yang melanggar lampu isyarat di Kulim Hi Tech.
“Sebuah kereta Perodua Bezza yang sedang mengekori sebuah ambulans melanggar lampu isyarat merah. Tindakan pemandu itu menyebabkan kenderaannya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun yang ketika itu berada di laluan yang sah.
"Akibat daripada kemalangan itu, kereta Grand Livina itu terbalik dan melanggar kereta Proton Saga serta Toyota Camry dan motosikal yang berada di lampu isyarat laluan bertentangan.
"Kereta Perodua Bezza terbabit juga turut terbabas dan mengalami kerosakan teruk pada kenderaan itu. Kemalangan empat buah kereta itu turut membabitkan sebuah motosikal yang dinaiki dua pelajar kolej berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati, pemandu Perodua Bezza itu menyatakan dia sedang mengekori neneknya yang dibawa menaiki ambulans untuk dibawa ke sebuah hospital pakar di Butterworth, Pulau Pinang.
Katanya, kejadian itu menyebabkan, pelajar lelaki yang menaiki motosikal itu mengalami kecederaan patah buku lali kaki kanan manakala pemboncengnya mengalami luka di kaki dan tangan kanan.
Manakala pemandu Perodua Bezza itu pula mengalami sakit di bahagian dada dan pemandu wanita yang menaiki Grand Livina itu cedera di tangan dan kepala.
“Bagaimanapun pemandu kereta Proton Saga dan Toyota Camry itu tidak mengalami kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya