MALAYSIA
Kereta menggelongsor: Punca kematian dua beradik akibat lemas, tiada unsur kekerasan - Polis
Dua beradik ditemukan lemas manakala ibu dan bapanya terselamat selepas kereta yang berada dalam keadaan parkir tergelongsor jatuh ke dalam sungai pada 4 Sept lalu. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Bedah siasat mengesahkan punca kematian dua beradik dalam kejadian kereta menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, Port Dickson pada 4 Sept disebabkan lemas dan tiada unsur kekerasan ke atas mangsa.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata bedah siasat kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan adik lelakinya enam tahun dilakukan pada 5 Sept di Hospital Port Dickson.
Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan 15 keterangan saksi diambil termasuk bekas isteri kepada bapa dua beradik itu, yang merupakan ibu kanak-kanak tersebut serta beberapa individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
"Status pengislaman kanak-kanak tersebut masih dalam siasatan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Siasatan memerlukan sedikit masa lagi untuk dilengkapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alzafny berkata dua suspek iaitu lelaki berusia 46 tahun dipercayai bapa kanak-kanak itu dan wanita berumur 41 tahun masih direman hingga 11 Sept bagi membantu siasatan.
Beliau berkata siasatan menyeluruh dan telus sedang dilakukan dengan mengambil kira keterangan saksi, bukti forensik dan elemen lain sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya.
Sebelum ini, media melaporkan sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai itu pada 11.45 pagi, 4 Sept dengan dua kanak-kanak yang beralamat di Shah Alam, Selangor berada dalam kenderaan tersebut.
JHEAINS pula memaklumkan menjalankan semakan bagi menentukan status agama dua kanak-kanak itu selepas menerima permohonan daripada polis untuk berbuat demikian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bedah siasat mengesahkan dua beradik maut akibat lemas, tanpa unsur kekerasan, selepas kereta yang dinaiki mereka tergelongsor ke Sungai Tanjung Agas, Port Dickson pada 4 September.
- Siasatan masih diteruskan, melibatkan 15 saksi termasuk ibu mangsa dan dua suspek yang kini direman hingga 11 September; status pengislaman kanak-kanak turut disiasat oleh JHEAINS.
- Kereta jenis Nissan yang membawa dua kanak-kanak dari Shah Alam terjatuh ke sungai pada jam 11.45 pagi, dan seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 7.59 malam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata bedah siasat kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan adik lelakinya enam tahun dilakukan pada 5 Sept di Hospital Port Dickson.
Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan 15 keterangan saksi diambil termasuk bekas isteri kepada bapa dua beradik itu, yang merupakan ibu kanak-kanak tersebut serta beberapa individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
"Status pengislaman kanak-kanak tersebut masih dalam siasatan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Siasatan memerlukan sedikit masa lagi untuk dilengkapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alzafny berkata dua suspek iaitu lelaki berusia 46 tahun dipercayai bapa kanak-kanak itu dan wanita berumur 41 tahun masih direman hingga 11 Sept bagi membantu siasatan.
Beliau berkata siasatan menyeluruh dan telus sedang dilakukan dengan mengambil kira keterangan saksi, bukti forensik dan elemen lain sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya.
Sebelum ini, media melaporkan sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai itu pada 11.45 pagi, 4 Sept dengan dua kanak-kanak yang beralamat di Shah Alam, Selangor berada dalam kenderaan tersebut.
JHEAINS pula memaklumkan menjalankan semakan bagi menentukan status agama dua kanak-kanak itu selepas menerima permohonan daripada polis untuk berbuat demikian.
-- BERNAMA

#kereta menggelongsor ke sungai
#dua beradik lemas
#Port Dickson
#tiada unsur kekerasan
#bedah siasat
#terkini