Kereta polis bantuan dibaling 'molotov cocktail'

Bernama
Februari 15, 2024 07:12 MYT
Keadaan kereta polis bantuan yang hangus selepas dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen MRT Mutiara Damansara hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan insiden kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar.
"Kami ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
#molotov cocktail #MRT Mutiara Damansara #hangus terbakar #kereta polis bantuan